Pages1

Wednesday, May 11, 2011

Fenomena Kepala Air

Air terjun sememangnya satu tempat beristirehat dan beriadah yang memang ramai pengunjungnya. Ramai orang suka berkelah di air tejun tambahan pulak dengan cuaca yang panas terik sekarang ni. Buat barbeku + makan durian fuh....memang best tak ingat.

Tapi harus diingatkan dalam keseronokan itu pasti ada bahayanya, terutamanya di kawasan air terjun. Fenomena kepala air, masih ramai lagi yang tak tahu akan fenomena semula jadi ini. Boleh di katakan semua kawasan air terjun berpontensi untuk berlaku terjadinya kepala air ini, bergantung kepada faktor perubahan bentuk muka bumi yang mungkin disebabkan oleh projek-projek haram di hulu sungai, yang boleh memberi satu  jangkamasa bila kepala air akan berlaku.

Satu lagi faktor adalah disebabkan ada orang yang membuka empangan di hulu sungai, kejadian ini aku pernah alaminya dekat Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, tapi selalunya mereka akan bunyikan siren amaran dulu.

Sesetengah kawasan air terjun yang selalu berlaku kepala air akan ada papan tanda peringatan seperti di bawah ini.

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi
Selain daripada itu keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu...walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu. Kerana bila terjadinya kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak menyelamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai.

Bahaya aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Oleh itu pengetahuan tentang fenomena ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan kematian akibat daripada kepala air ini. Beringat sebelum terkena.



p/s : Takziah kepada kaum keluarga tragedi di Sungai Ulu Bendul.

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak..

kalu mandi kat sagil..bila hujan turun nanti ada siren bunyi dan semua diarahkan naik..sebab ada ranjer jaga kat punca air tu

Pembawa_Wacana said...

dekat jeram pasu takde pulak dengar pasal kepala air nie.... jarang ade kes kot...

Nuffnang Ads