Pages1

Saturday, March 26, 2011

Soft Smokey Eye

Soft smokey yang senang nak buat.

Sumber : Youtube

Friday, March 25, 2011

How to make Pizza Dough

 Sumber : eHow

Things you'll need:


  • 1 1/4 c. warm water
  • 1 tsp. salt
  • vegetable oils or olive oil
  • 3 1/2 to 4 c. sifted flour
  • 2 packages dry yeasts
  • pizza pan or baking sheet
  • 1 1/4 c. warm water
  • Vegetable Oils Or Olive Oil
  • 3 1/2 to 4 c. sifted flour
  • Pizza Pan Or Baking Sheet
  • 1 tsp. salt
  • 2 packages dry yeasts

Instructions


  1. 1
    Sprinkle the yeast into a medium bowl containing 1 1/4 cup warm water and stir until yeast dissolves.

    • 2
      Add 2 cups sifted flour and stir until blended.
    • 3
      Add another 1 1/2 to 2 cups flour and blend until too stiff to stir with a spoon.
    • 4
      Turn the dough out onto a floured surface and knead it for 10 to 15 minutes until dough is smooth and elastic. (See "How to Knead Bread Dough" in the Related eHows.)
    • 5
      Place the dough in another bowl greased with a small amount of oil. Turn the dough once so that the top is oiled.
    • 6
      Cover the bowl with plastic wrap and put it in a warm place for about 45 minutes--until the dough rises to about double its original size.
    • 7
      Preheat the oven to 500 degrees F.
    • 8
      Dump the dough back onto the floured surface and punch it down, getting rid of any bubbles. Divide the dough in half and let it rest a few minutes.
    • 9
      Roll each half into a 12-inch circle, depending on your personal preference for how thick pizza crust should be. (It will puff slightly when baked.)
    • 10
      Transfer the dough to an oiled pizza pan or baking sheet, or, if you have a baking stone, to a cornmeal-sprinkled wooden pizza peel for transfer directly to the stone.
    • 11
      Add sauce, cheese and toppings as desired. If you like, brush exposed edges of the crust with olive oil.
    • 12
      Bake each pizza for 15 to 20 minutes, or until crust is nicely browned and cheese is melted.

Tips & Warnings

  • If the water is too cold or too hot, the yeast will either not activate or be killed. "Warm" water should be about 115 degrees F - it should feel warm but not hot, rather like you were preparing a baby's bottle. (See "How to Proof Yeast" in the Related eHows.)
  • You can add a tablespoon or two of olive oil to the dough if you like.
  • To freeze the dough, form it into a ball, wrap it in plastic wrap and then in foil, and freeze. To defrost, put it in the refrigerator in the morning before you go to work, then take it out for an hour or two before you plan to bake. It should be room temperature when you roll it.
  • Possible toppings include roasted eggplant and bell peppers; sautéed onions and Kalamata olives; and wilted spinach with sun-dried tomatoes and ricotta cheese. If you like fresh basil or other herbs on your pizza, add them after the pizza comes out of the oven.

Wednesday, March 23, 2011

How to make Mayonnaise in the Blender

Sumber : eHow


Things you'll need:

  • 2 whole eggs
  • 1 ½ to 2 tbls. Lemon juice or white wine vinegar, divided
  • ¼ tsp. salt
  • 1/8 tsp. pepper
  • 1 cup canola oil or extra virgin olive oil (see tips below)

Instructions


    • 1
       Frothy, well-blended egg, seasinongs and lemon juice

    • Blend eggs, 1 ½ tbls. lemon juice, salt and pepper in blender 30 seconds or until frothy and well-blended.
    • 2
      slowly pour the oil into the blender

    • With the blender running, slowly pour in oil, making a very small stream - pour slowly, taking 2 to 3 minutes. Egg mixture will begin to thicken after half the oil has been absorbed. Stir in remaining ½ tbls. Lemon juice for more lemon flavor, if desired.
    • 3
      Store tightly covered in refrigerator

    • Use immediately or if necessary can be stored in the refrigerator, covered tightly, for up to seven days. Makes about 1/2 cup of delicious, light mayonnaise

Tips & Warnings

  • For thicker mayonnaise, slowly add only ¼ cup additional oil.
  • When using the mayo in mildly flavored dishes, use canola oil. For dishes with more robust flavors, use extra virgin olive oil or a mixture of both oils.
  • Add flavorings like minced garlic, chopped fresh herbs, orange or lime juice in place of the lemon juice, or maybe you like a little curry or mustard to taste.
  • The secret is adding the oil slowly. If the oil is added too quickly, the mixture will curdle. To fix curdled mayo, add a new egg to a clean blender container and slowly pour the curdled mixture into the egg while the blender is running slowly.

Tuesday, March 22, 2011

S . L . E

Sumber: http://www.lupusmalaysia.org/b/

Apakah SLE?

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian
Fakta Ringkas
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)



Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggangKeradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Paru-paruSebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
Sistem sarafSLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
Saluran darahKeradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
DarahPesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
JantungPesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).
  
Bagaimanakah SLE boleh dirawat?


NSAIDs
Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.


Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.


Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.



Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.


Kualiti Hidup
Walaupun rawatan SLE semakin bertambah baik dan jangka hayat penghidap SLE juga semakin bertambah lama, namun ianya tetap sejenis penyakit kronik yang boleh menghadkan aktiviti seseorang. Biasanya kualiti hidup dibendung oleh gejala seperti keletihan dan sakit sendi. Namun ia bukanlah menggugat nyawa seseorang. Cara yang terbaik mengawal SLE ialah dengan mengambil semua ubat-ubatan seperti yang di tentukan, sering berjumpa doktor anda, dan mempelajari seberapa banyak tentang SLE.
Pesakit-pesakit SLE masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik, walaupun mereka mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan. Satu cara penting untuk menangani SLE ialah dengan memahami impak dari gangguan fizikal dan emosi. Mempelajari mengenal tanda-tanda awal dapat membantu pesakit mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang atau mengurangkan intensitinya.

Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar dan payung, serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sun-block) semasa keluar akan dapat melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.

Untuk mengekalkan cara hidup sihat, seseorang pesakit SLE perlulah berusaha menjaga kesihatan. Oleh itu sangat penting bagi pesakit SLE mengatur langkah untuk mencapai matlamat kesihatan yang sebenar. Kesihatan itu bermakna badan yang sihat, fikiran yang sihat dan tenang, dan semangat yang kuat. Salah satu matlamat penting kesihatan bagi mereka yang mengidap SLE ialah mengatasi tekanan akibat mempunyai penyakit yang kronik. Cara menangani tekanan secara berkesan adalah berbeza dari seorang keseorang. Di antara pendekatan yang boleh membantu termasuklah senaman, teknik-teknik berehat, dan cara penggunaan masa dan tenaga.

Membina dan mengekalkan sistem sokongan juga amat penting. Sistem sokongan yang berkesan ialah sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan, ahli-ahli perubatan professional, dan kumpulan sokongan seperti Persatuan SLE Malaysia. Dengan menganggotai kumpulan sokongan, seseorang itu akan mendapat bantuan mempertingkatkan emosi, meninggikan maruah dan harga diri, dan mempertingkatkan kemahiran dalam menangani masalah.
Mempelajari tentang penyakit SLE adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengenali SLE dengan lebih dekat.

Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang berpengetahuan tentang penyakitnya akan turut sama mengambil bahagian dalam perawatan diri (self-care), kurang rasa sakit, tidak perlu berjumpa doktor dengan terlalu kerap, dan akan terus aktif.


Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah Sayang

Tetiba malam2 ni rrasa nak jiwang pulak....terkenaaanngg2...terbaayaang22.....uweeek..!!!!!




Bila Hati Dah Sayang

Bila hati dah sayang
Hanya dikau pujaan
Tiap waktu ku terbayang
Bila hati dah cinta
Tiada seindah kata
Mencurahkan hasrat kalbu

( korus )
Hati yang rindu
Ingin bertemu
Menjalin rasa cinta
Riang terkenang
Malam termimpi
Menanti kau kembaliP/S

Bila hati dah sayang
Semua indah dipandang
Bagai tiada yang menghalang
Hanya kasih sayang


P/S: Baru perasan lirik ni tak sama dengan lagu....adoiii..

Ayam berSalut Oat

Hari ni punya la tak de mood malas nak memassak....so aku hanya goreng ayam je la. Nak kasi sedap aku tempek la sikit dengan oat kasi perasa sikit kurma n kari. Rasa ala-ala ayam KFC gitu. Hambek kau sebakul aku goreng. Melantak la korang.



Ayam bersalut oat


dan lagi...


dan lagi...


dan lagi...


Thursday, March 17, 2011

My CheeSe BroWnies

 Projek memasak hari ni Cheese Brownise yg dah lama dok bertanggak nak buat akhirnya dapat juga membuatnya petang tadi. Resepi ni sepatutnya ada tambah lagi soda bikarbonat n baking powder entah macam mana aku bole lupa plak nak masukkan...tu la dah lama sangat tak buat. Jadi tak berapa nak naik le brownies aku ni. Tapi bila dah tambah topping cheese seedaaapp....hehehe....Jap lagi nak tapau sket nak kasi mak mertua n kak ipar, malam kang nak p amik bebudak tu. Haru balik la rumah ni setelah beberapa hari sunyi. So layan je la gambar ni.
Dalam oven
Sudah siap..sila abaikan one piece yg missing tu ye..
Bersedia untuk di`ngap
Yummy

OH NO !!!

Macam mana boleh jadi macam ni....entah jadi ke tak adeh ...hmmmm

Wednesday, March 16, 2011

SerVis Kereta

Semalam seperti yang telah dijanjikan aku telah pergi meng`service keretaku ek betul ke perkataan tu,,main hentam je.Biasa la kat mana lagi kalau tak ke EON Butterworth.  Ingat nak pergi awal2 kira nak cop no satu tapi pukul 9 baru nak amik no. ok la,, tu pon aku orang yang ke-11 tau, kalau lambat lagi tak tau la pukul berapa nak siap.

Mula-mula pi estimate MINOR service RM290 itu baru service. Dia tanya ada apa2 masalah, MASALAH ish banyak kalau nak cakap nanti sampai besok pon tak siap keta aku ni.. Aku cuma cakap mana yang penting saja, masalah meter minyak yang bengong tak turun walaupun indicator dah menyala dengan keadaan keretaku yg kadang2 selalu jerk bila press minyak.


Sambil tunggu sambil makan

Kalau nak ikutkan yg ni tak la penting sangat sebab dia kadang2 je jadi. Yang penting meter minyak tu masalah betoi, hari tu myHB isi minyak sampai melimpah keluar sebab dia sangkakan tak penuh lagi rupa2nya dah penuh tak ke rugi minyak tu. Lagi satu masalah meter minyak ni bila tak tau minyak tu cukup ke tak tau2 je dah menyala indicator nasib baik time tu tengah jalan dalam town kalau kat highway tak ke haru mana nak korek minyak tengah2 highway tu huhuhu...

Aku minum je



Takder keja



Membaca pulak

Di pendekkan cerita lepas tunggu lebih kurang 2 jam lebih keta aku pun siap,,total semua RM455.25...WHAT T.H.....Apa tak nya masalah jerk aku tu menyebabkan aku kena menukar cable plug ada 4 pair so aku kena tukar 1 set RM169, meter minyak tu tak bole buat apa nampaknya sebab aku tak sanggup nak habiskan duit aku RM300 lain kali la buat mana yang penting je dulu adeh.....Nampaknya sekarang ni kena pandai agak2 minyak tu.





Monday, March 14, 2011

Botol Susu oh Botol Susu

Sumber Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/

Ini pula dr Kementerian Kesihatan

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
Inilah rupanya
INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:


  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.




  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.




  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.




  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.




  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.




  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
  • Nuffnang Ads