Semenjak aku memulakan operasi berBLOGwalking ni, banyak kali aku jumpa blog yang telah disable kan right clicknya. Aku tak pasti apa tujuan tuan punya blog tu buat macam tu, dan bila kita right click pada page dia akan keluar text box dengan ayat-ayat yang macam best untuk dibaca. Daripada aku minat terus jadi tak minat nak masuk belog tu.
Sebab dah memang stail aku kalau nak baca satu-satu entri aku akan right click dan open new window jimat masa, tak la tunggu lama sangat. Atau mungkin diaorang nak protect content diaorang dari dicopet.
Kalau itu tujuannya memang silap haribulan la buat macam tu, sebab kita masih lagi boleh copy sebenarnya walaupun telah disable right click, dengan menggunakan key Ctrl + C dan Ctrl + V sahaja.
Mungkin ada yang dah tahu, tapi ada jugak yang tak tahu kalau tak takkan diaorang buat disable right click ni, menyusahkan. Caranya senang saja, mai sini nak ajaq.
Mula-mula select content apa yang korang nak curi copy tu, pastu tekan key Ctrl+C for copy,
Untuk paste tekan saja key Ctrl+V, kan senang cara-cara nak C n P.
2 comments:
awe kalu yang ada disable right click tu agak tak suka la..sebab macam kita nak curi pape plak.kalu kita amik pun kita akan tag nama dia dalam blog kita...sebab kdg2 ada link yang mereka letak jadi nak klik kanan tak boleh..awe terus tak bace da :)
tu la menyusahkan je kan, macam la artikel diaorang tu mahai sangat.
Post a Comment