Pages1

Friday, April 29, 2011

Lagi kesalahan pemakaian tudung - ulangan

Entri ni sememangnya memang entri ulangan. Tapi tak salah kalau kita ulang tayang balik bukannya luak pun. Ingat memperingati antara satu sama lain tak salah rasanya. Lagi pun kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sentiasa melakukan kesilapan.
Aurat, adakah kita menutup aurat kita dengan cara yang betul. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Pemakaian tudung yang menyerupai tudung biarawati Kristian, yang ni selalu sangat jumpa bukan orang muda saja yang terikut cara begini, makcik-makcik pun ada yang terikut jugak.


Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

mcm ni pun ada ke
Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


Sekadar gambar hiasan
Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Sorry Datuk tudung u memang mcm tudung saji 
Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Zaman studi selalu pakai macam ni
Sebenarnya banyak lagi kesalahan dalam pemakaian tudung ni.



Ikutlah cara pemakaian tudung seperti di bawah ni. Inilah cara menutup aurat yang betul.

Jadikan ini sebagai panduan


5 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq for sharing...tapi yang see through tu..tak pernah tgk

Haida said...

tu la pasal saya pun tak pernah tengok, tu pun jumpa kat google,,,mcm tu pun ada..

QASEH MANSYA said...

singgah...
jom followmengfollow..

www.qasehmansya.blogspot.com

SyaA_eEAa said...

thnks for this info..hope sume muslimah dpt baiki care pmkian tdg eh..
amin :)

syieda said...

good info...sbg peringatan,dr hari ke hari fesyen sentiasa berkembang..dan kta pula mudah terpengaruh dgn fesyen...kalo x ikut perkembangan fesyen dikatakan kta ni kolot...tp ada yg ikut perkembangan fesyen dan menepati ciri2 islamik...bkn salah fesyen sebenarnya..salah manusia yg x pandai mengislamikkan fesyen tu..btol x...

Nuffnang Ads