Pages1

Wednesday, April 27, 2011

Ombak Rindu..pic Maya Karin bertudung

Siapa yang tak pernah baca novel ni memang rugi. Tak lama lagi cerita ini akan di filemkan. Sama seperti cerita LBS. Tak sabarnya nak tengok, mesti bestkan dengan pelakon-pelakon yang sememangnya top-malatop.


 Sinopsis : dipetik dari Jiwang.org

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Ini pulak temubual dengan Maya Karin tentang pengalamannya yang membawa watak Izzah yang bertudung.

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.


Bagus la Maya semoga lepas ni boleh la teruskan memakai tudung. Jangan jadi macam tudung saji pulak,,,

Layan lagi gambar...


Yg. ni mcm hantu kak limah balik mandi je....



4 comments:

Cik Nyna said...

novel ni nyna baca! memang best sangat-sangat . teringin nak tengok movie dia whether sehebat novel or not :)

Haida said...

tu la harap2 best mcm movie LBS yg meletop tu..

Nur Hawa Mohd Zin said...

pernah baca rasanya...drama pertama dari novel yang awe tgk ada lah Kau Yang Satu :)

nur lia said...

suke baca novel ni,tp stat sambungan novel ketiga x bace lg,hee~,x sabar nak tgk..

Nuffnang Ads