Pages1

Saturday, April 23, 2011

Tertipu dengan Skim Cepat Kaya....Lagi???

Di zaman serba moden ni masih ada lagi yang terpedaya dengan SKIM CEPAT KAYA...????. Nak tipu pun warga emas habis semua simpanan untuk hari tua mereka tergadai kesian, sebenarnya bukan senang nak senang bukan susah nak susah pon..renung2 la.


google image

sumber : beritaharian

JITRA: Terpedaya dengan pulangan pelaburan lumayan yang dijanjikan seorang wanita menjerat 50 suri rumah yang kebanyakannya warga emas di sekitar taman perumahan di sini, selepas wang pelaburan mereka berjumlah hampir RM4 juta dilarikan suspek, akhir Mac lalu.

Suspek yang berusia 50-an itu dipercayai tinggal di Taman Ihsan di sini, sejak 20 tahun lalu, dipercayai mula memperdaya jiran dan kenalan rapatnya dengan memujuk mereka menyertai skim pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan mencecah dua kali ganda nilai pelaburan, sejak awal tahun ini.

Malah, suspek juga menjadikan pusat nyanyian dan tarian miliknya di Pekan Jitra di sini, sebagai tempat riadah bersama jiran dan kenalan sebelum menjerat mangsa menyertai skim pelaburan kononnya membabitkan sebuah kilang kain terbesar di Sungai Petani.
Difahamkan, suspek juga menabur janji manis menjerat mangsa termasuk memberi komisen antara lima hingga 10 peratus setiap bulan.

Kebanyakan mangsa ditipu itu suri rumah berusia antara 50 hingga 80 tahun dipercayai melabur antara RM6,000 hingga RM450,000.

Difahamkan, kebanyakan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu petang, semalam.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong berkata, beliau menerima aduan beberapa mangsa pada Isnin lalu, yang mendakwa kerugian hampir RM4 juta selepas wang pelaburan dilarikan wanita berkenaan.

p/s : takder sapa pon nak kasi duit free...

No comments:

Nuffnang Ads