Pages1

Sunday, May 8, 2011

Soy Chicken Sos

Menu yang tak berapa nak rajin hari ni. Ayam masak kicap je, adoi punyalah segan hari ni nak memasak buat simple-simple jela. Sayur pun buat ulam je. Lagi pun malam ni kan nak makan kat luar...Hari Ibu...



Sayang Emak

Sayangilah dan hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada, tiada yang lebih bermakna selain daripada kasih sayang anak kepada ibunya. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibunya. Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu, bakal ibu, baru jadi ibu, kepada diriku, mak mertuaku dan terutamanya kepada arwah ibuku, ku sedekahkan al-fatihah.






Saturday, May 7, 2011

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana

Sebenarnya hari ini entah kenapa aku telah terpanggil untuk menyertai satu segmen dari saudara Bro WACANA. DI SINI.  Aku rasa masih tak terlambat lagi kot nak menyertai segmen bro ni, memandangkan blog aku ni pon masih lagi baru, dan masih ramai lagi yang tak menyedari akan kewujudannya,  al maklum lah pemiliknya teramat lah low profile...heheheh apa yang aku melalut ni..???!!

Tempek sikit dia punya header,


OKeh di pendekkan cerita tak payah merapu-rapu korang bukan nak baca pon apa yang aku melalutkan .... Sebenarnya kewujudan blog ni adalah sejak dari tahun 2010 lagi tapi tak aktif kerana tuan punya blog ni malas. Kata orang kalau malas bila nak kaya maju. Sama jugak dengan kes siang ikan kalau tak reti kena lah belajar takkan korang nak makan ayam je hari-hari betul tak bro. Wah aku melalut lagi.

Berbalik kepada pengenalan blog ini, kepada sesiapa yang datang menyinggah kat blog aku ni mesti akan terbaca akan perkataan Précieux Moment yang bermaksud kenangan terindah/berharga., kemudian bersesuaian pulak dengan latarbelakang pemandangan laut di kawasan teluk kepada sesiapa yang pernah pergi mesti tahu kat mana lokasi indah lagi mendamaikan tu. Walaupun aku hanya menggunakan kamera handphone cikai je tu pun dah cukup bermakna. Terlalu banyak memori yang terlakar di situ. Kat situ lah tempat aku selalu memancing satu ketika dulu, jangan kata aku tak reti siang ikan, aku siap tangkap lagi ha...

Tujuan aku berblog ni simple, hanyalah tempat untuk berkongsikan sesuatu, meluahkan perasaan, menambah kenalan tak kira siapa, tempat aku nak bersembang-sembang, melalut dan sebagainya. Okey rasanya sampai di sini sajalah yang boleh aku lalutkan buat masa ini...
Sekian.

Thursday, May 5, 2011

Lanun menyerang kembali..

Kaki – kaki wayang semua mesti korang tak sabar nak tengok cerita POC ni kan, harap semua bersabaq tunggu tayangan serentak 19 Mei ni ye. Aku pun dah lama tak tengok wayang last sekali tengok, kalau tak silap cerita The Twilight Saga - Eclipse kot. Banyak sangat layan movie kat Astro sampai dah takde masa dah nak tengok wayang. Sebelum tu kena recall balik cerita POC ni dari part 1, walaupun dah tengok banyak kali. Layan gambar je lah, semua gambar dari pakcik GOOGLE.


The Curse of The Black Pearl ( 2003 )
Blacksmith Will Turner teams up with eccentric pirate "Captain" Jack Sparrow to save his love, the governor's daughter, from Jack's former pirate allies, who are now undead.


Dead Man Chest - 2006

Jack Sparrow races to recover the heart of Davy Jones to avoid enslaving his soul to Jones' service, as other friends and foes seek the heart for their own agenda as well.


At Worlds End - 2007
Captain Barbossa, Will Turner and Elizabeth Swann must sail off the edge of the map, navigate treachery and betrayal, and make their final alliances for one last decisive battle.


On Stranger Tides - 2011
 Jack Sparrow and Barbossa embark on a quest to find the elusive fountain of youth, only to discover that Blackbeard and his daughter are after it too.   




Wednesday, May 4, 2011

Tidurlah Kalau Nak Cantik!

Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.
google
Tidur    sama    pentingnya dengan  air  dan  makanan tetapi  ada  orang  anggap tidur  ini  amalan  remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. 

Tidak  percaya?  Ketika  tidur,  tubuh  bekerja  keras  memperbaiki  sel-sel  dan  jaringan  tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi  ruang  memori  dengan pelbagai perkara yang anda alami  dan  pelajari. 

Tidur  yang dimaksudkan   ini   adalah   tidur yang   berkualiti.   Ada   beberapa  persoalan  mengenai  tidur  yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur  bagi  organ-organ  penting manusia?  Benarkah  tidur  yang terlampau  akan  membuat    anda gemuk?  Atau  sebaliknya  kurang tidur  boleh  menyebabkan  anda obesiti?


Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus. 

Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.

Kulit
Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus. 

Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah.


Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan.

Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.


Paru-paru
Sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru. 


Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar. 

Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.

Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.



Nuffnang Ads