Pages1

Wednesday, July 27, 2011

Senyum semanisnya kurma

`
Salam semua...

Ramadhan menjelang tiba ....semestinya ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut ramadhankan...Semalam aku dan en.HB ke Syarikat Abdul Ghaffar warehouse membeli buah kurma...tak agak-agak beli buah kurma sampai ke gudang...lagipun tak jauh mana pun dekat je dengan rumah. Bukannya takda jual dekat tesco...tapi kurma yang aku nak tu tak de. Nak tahu kurma apa yang aku cari ni dia.....
-
-
-
KURMA MARIAMI

Kurma Mariami bersama buah aprikot


Kurma Mariami
 Selain dari kurma Mariami ni ada juga dijual kurma Ajwah atau kurma Nabi harganya sekilo RM100.00 mahal juga...kurma Mariami ni sekilo baru RM25.00. Buah aprikot dan manisan tu masing-masing RM10.00...tak la banyak mana pun rasanya cukuplah bertahan sampai hujung ramadhan. Banyak juga khasiat kurma Mariami ni antaranya :

Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Perempuan yang mengandung sangat sesuai makan kurma ni.

Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Selamat menyambut ramadhan kepada semua semoga kita mendapat berkat di bulan yang mulia ini...dan sentiasa senyum...senyum semanisnya kurma...

4 comments:

ade2mama said...

ska yg kuning keemasan tu..sdapppppppp:)

jeBateja said...

kurma....? den pun nak buat citer kurma lah...kurma free....ahakz

ade2mama said...

aku nk jgk,..bt kurma masjid huuhuhu

Chilfia Karunianty said...

hhmm... yummy .. ^^

Nuffnang Ads