Pages1

Sunday, September 25, 2011

Pasar Karat Pulau Pinang – Part 2

Dulu aku pernah buat entri pasar karat ni di SINI...tapi masa tu aku hanya amik gambar gerai buah-buahan ja...yang `karat` nya tak ambil pun. Kali ni untuk tidak menghampakan aku snap le beberapa keping gambar bahagian yang `karat` nya. Karat-karat pun ada value tau...

Antara banyak-banyak ....ini yang paling menarik perhatian aku... tak tanya pulak harganya berapa....

Sunday, September 18, 2011

Menu Nasi Lemak Kukus

Nasi lemak kukus menu sarapan pagi yang senang untuk disediakan...dah lama tak masak nasi lemak tetiba rasa teringin la pulak...lagipun bukannya susah sangat nak membuatnya. Aku kalau masak nasi lemak mesti kena kukus, bukan apa nak mengelakkan dari pembaziran, kalau tanak biasa selalu nasi akan melekat pada periuk kan dah rugi....

Bahan-bahan untuk nasi lemak, 5cwn beras anggaran untuk 4 @ 5 orang makan, hirisan bawang kecil dan halia...terpulang nak bubuh atau tidak. 2cwn pati santan, daun pandan dan garam secukup rasa. Beras tu seeloknya kena rendam dulu dalam air lebih kurang 4 atau 5 jam sebelum dikukus.

Mula-mula panaskan pengukus, basuh beras...masukkkan hirisan bawang dan halia...kukus lebih kurang 20minit atau hampir masak.

Beras yang sedang dikukus
Kemudian keluarkan,

Speed Trap terbaru...???!!!!

Ini adalah gambar perangkap had laju yang terbaru...tak tau lah betul ke tidak. Ada yang kata ini cuma kamera untuk pemantauan lalulintas di lebuhraya saja.


Lagi gambar kamera
-
-
-

Wednesday, September 14, 2011

Hukum trade in emas mengikut islam

Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:

“Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter):

Tuesday, September 13, 2011

Tips mengesan emas tulen atau palsu.


Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. Tetapi sebelum tu kita check dulu harga emas hari ini 13/9/2011.



1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

Nuffnang Ads