Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:
“Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter):
1. Emas dengan emas
2. Perak dengan perak
3. Tamar dengan tamar
2. Perak dengan perak
3. Tamar dengan tamar
4. Barli dengan barli
5. Garam dengan garam
6. Gandum dengan gandum”
5. Garam dengan garam
6. Gandum dengan gandum”
Selain dari 6 perkara yang dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yang tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.
Turut dinyatakan bahawa fatwa antarabangsa menyetujui bahawa dalam kehidupan hari ini, duit ringgit (matawang) boleh diibaratkan seperti emas. Wallahua’lam.
Berdasarkan sabda di atas, 4 mazhab utama telah sepakat dalam hukum pembelian emas secara bertangguh. Keempat-keempat mazhab menyatakan bahawa emas tidak boleh dibeli secara bertangguh/ansuran. Urusan jual beli emas adalah secara tunai sahaja (cash and carry). Emas perlu diserahkan kepada pembeli setelah bayaran penuh diterima.
Apakah hukum ‘trade-in’ emas lama kepada emas rekaan baru?
Menjawab persoalan ‘trade-in’ emas lama dan tukar kepada emas baru, jatuh hukum riba dalam kes ini. ini kerana sesetengah emas lama yang di ‘trade-in’ adalah sama berat dengan emas baru yang diingini oleh pembeli tetapi pembeli tetap perlu tambahkan bayaran untuk emas rekaan baru tersebut. Jadi, wang tambahan di sini termasuk dalam wang riba.

Cara untuk mengelakkan terjadinya riba di sini adalah dengan melakukan dua urusniaga. Pertama, jual dahulu emas lama. Selesaikan dahulu urusan jual beli nya. Kemudian barulah melakukan jual beli untuk emas baru.
Sumber : Zaharuddin.net
Hukum jual beli emas secara ansuran. DI SINI
1 comment:
xpham la heheh..xpew2..laki xleyh pkai emas huhuhu
Post a Comment