Pages1

Monday, September 12, 2011

Udang Bakar RM100...!!!!

Udang kara (lobster) bakar nie berharga RM100, sanggupkah anda membelinya....mahal juga udang ni ...tapi kalau dah mengidam sangat tu kena belikan jugak la.

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.

Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.


“Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.

“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.






2 comments:

alyrds said...

kalau kat sabah ni boleh dapat 6 ekor udang kara ni...hoho~

ade2mama said...

kem slam jela nk bli eheeh

Nuffnang Ads