Wednesday, November 30, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Sunday, September 25, 2011
Pasar Karat Pulau Pinang – Part 2
Dulu aku pernah buat entri pasar karat ni di SINI...tapi masa tu aku hanya amik gambar gerai buah-buahan ja...yang `karat` nya tak ambil pun. Kali ni untuk tidak menghampakan aku snap le beberapa keping gambar bahagian yang `karat` nya. Karat-karat pun ada value tau...
Antara banyak-banyak ....ini yang paling menarik perhatian aku... tak tanya pulak harganya berapa....
Sunday, September 18, 2011
Menu Nasi Lemak Kukus
Nasi lemak kukus menu sarapan pagi yang senang untuk disediakan...dah lama tak masak nasi lemak tetiba rasa teringin la pulak...lagipun bukannya susah sangat nak membuatnya. Aku kalau masak nasi lemak mesti kena kukus, bukan apa nak mengelakkan dari pembaziran, kalau tanak biasa selalu nasi akan melekat pada periuk kan dah rugi....
Mula-mula panaskan pengukus, basuh beras...masukkkan hirisan bawang dan halia...kukus lebih kurang 20minit atau hampir masak.
Kemudian keluarkan,
Bahan-bahan untuk nasi lemak, 5cwn beras anggaran untuk 4 @ 5 orang makan, hirisan bawang kecil dan halia...terpulang nak bubuh atau tidak. 2cwn pati santan, daun pandan dan garam secukup rasa. Beras tu seeloknya kena rendam dulu dalam air lebih kurang 4 atau 5 jam sebelum dikukus.
Mula-mula panaskan pengukus, basuh beras...masukkkan hirisan bawang dan halia...kukus lebih kurang 20minit atau hampir masak.
Beras yang sedang dikukus |
Speed Trap terbaru...???!!!!
Ini adalah gambar perangkap had laju yang terbaru...tak tau lah betul ke tidak. Ada yang kata ini cuma kamera untuk pemantauan lalulintas di lebuhraya saja.
Lagi gambar kamera
-
-
-
Wednesday, September 14, 2011
Hukum trade in emas mengikut islam
Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:
Tuesday, September 13, 2011
Tips mengesan emas tulen atau palsu.
Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. Tetapi sebelum tu kita check dulu harga emas hari ini 13/9/2011.
1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.
2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
Monday, September 12, 2011
Udang Bakar RM100...!!!!
Udang kara (lobster) bakar nie berharga RM100, sanggupkah anda membelinya....mahal juga udang ni ...tapi kalau dah mengidam sangat tu kena belikan jugak la.
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.
Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
Thursday, September 8, 2011
Rompakan di Kedai Mamak
Location : Restoran Subur Seksyen 15 Shah Alam
Date / Time : 28th August 2011 @ 0355hrs to 0405hrs
Hanya semata-mata nak guna WIFI free kat kedai mamak...free-free je laptop kena samun. Walaupun ada lebih kurang 6 CCTV kat restoran ni tapi sikit pun tak menakutkan budak-budak perompak ni...aku rasa bebudak sekolah punya kerja la ni...cari duit raya. Kesian betul dengan mangsa-mangsa ...aku yakin lepas ni mereka mesti fobia nak makan di kedai mamak lagi.
Date / Time : 28th August 2011 @ 0355hrs to 0405hrs
Hanya semata-mata nak guna WIFI free kat kedai mamak...free-free je laptop kena samun. Walaupun ada lebih kurang 6 CCTV kat restoran ni tapi sikit pun tak menakutkan budak-budak perompak ni...aku rasa bebudak sekolah punya kerja la ni...cari duit raya. Kesian betul dengan mangsa-mangsa ...aku yakin lepas ni mereka mesti fobia nak makan di kedai mamak lagi.
Wednesday, September 7, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Tension giler....
Agak-agak korang pernah tak jadi tension sampai tahap macam ni kat mana-mana tak kira la kat office ke kat sekolah ke atau kat rumah.
-
-
-
Saturday, September 3, 2011
Gambar anak perempuan Aziz M.Osman dan Puteri Lily
Tahniah kepada pasangan Aziz M.Osman dan Puteri Lily yang telah menyambut kelahiran anak perempuan pertamanya di Pantai Medical Centre, Bangsar Selangor pada hari kemerdekaan 31/Ogos yang lalu. Bayi mereka yang diberi nama Puteri Nur Azahra yang seberat 3.74 kg dilahirkan pada pukul 11.15 malam. Lagi gambar bersama anak-anak Aziz M.Osman.
Dari jauh ku pohon maaf...Salam Lebaran...
`
Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada korang semua raya kan sebulan, bukannya apa sibuk menyiapkan persiapan raya...dengan rendang, ketupat, kuah kacang, lontong... bagai sampai tak sempat aku snap gambar sekeping dua...tengok-tengok dah habis.
Friday, August 19, 2011
Kesilapan yang kerap dilakukan ketika Ramadhan
Alhamdulillah harini sudah masuk hari ke 19 kita menunaikan ibadah puasa, semoga kita dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna. Namun sejauh mana kah sempurnanya ibadah puasa kita, sering kali kita terlepas pandang ...disebabkan kurangnya keperihatinan tentang kesilapan-kesilapan yang antara sedar atau tidak kita sering lakukan. Antara yang dimaksudkan adalah :
1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)
Thursday, August 11, 2011
Monday, August 8, 2011
Bila Anon pandai berkata-kata
.
Kan bagus kalau cik anon pandai beri komen yang membina macam ni...tak la komen yang nak menjatuhkan orang je...anon yang seperti tu adalah anon yang pengecut...selayaknya duduk
Kan bagus kalau cik anon pandai beri komen yang membina macam ni...tak la komen yang nak menjatuhkan orang je...anon yang seperti tu adalah anon yang pengecut...selayaknya duduk
Saturday, August 6, 2011
Berbuka bersama otak-otak
Salam Ramadhan....
Alhamdulillah selesai sudah ibadah puasa kita untuk hari ini... besok dah masuk hari ke 7 ...semoga kita dapat mengerjakan ibadah puasa ini dengan sempurna.
Semalam tengah aku dok ushar-ushar di bazar ramadan tiba-tiba
Wednesday, August 3, 2011
10 alasan tidak mahu datang kerja
1. Lupa kunci jam...atau jam tak bunyi...pada hal tutup balik sambung tido.
2. Lupa hari ni kerja...terutamanya yang keja shift
3. Anak / bini / laki demam...hantar pi klinik...
4. Hantar isteri buat medical check up...
5. Kereta rosak...tak mau start
6. Bateri kereta kong...semalam lupa padam lampu
7. Tangan terseliuh semasa kupas durian...terus pi klinik amik mc...
8. Tayar kereta / motor pancit
9. Malas nak pi kerja...mengadap blog lagi best
10. Meluat tengok muka bos.
Macam tu lah alasan - alasan yang selalu diberikan terutamanya yang no. 3 dan no. 4...nak ikutkan banyak lagi tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Wednesday, July 27, 2011
Senyum semanisnya kurma
`
Salam semua...
Salam semua...
Ramadhan menjelang tiba ....semestinya ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut ramadhankan...Semalam aku dan en.HB ke Syarikat Abdul Ghaffar warehouse membeli buah kurma...tak agak-agak beli buah kurma sampai ke gudang...lagipun tak jauh mana pun dekat je dengan rumah. Bukannya takda jual dekat tesco...tapi kurma yang aku nak tu tak de. Nak tahu kurma apa yang aku cari ni dia.....
-
-
-
KURMA MARIAMI
Wednesday, July 20, 2011
Cuci kasi BERSIH ye....
.
Aktiviti semalam ...memBERSIHkan segala kekotoran yang melekat di badan...kereta da....dah berdanau kereta kesayangan aku ni...cuci kasi BERSIH ye....Aku suka cuci kereta kat sini, sebab yang pertama, murah RM5.00 je...termasuk wax tayar dan satu kupon. Kumpul 2 kupon dapat satu kali cucian PERCUMA cuma tambah RM1.00 untuk wax tayar...untung tak hehehehe......
Jom kita masuk.
-
-
-
-
Akhirnya bertukar juga....
Akhirnya bertukar juga handphone kesayanganku dari yang....
-
-
-
-
CIKAI...ke
-
-
--
Monday, July 11, 2011
Jangan jadi seperti katak bawah tempurung
.
Sakan aku bercuti minggu ni...rilek-rilek kat rumah...mengemas, memasak tengok movie...tengok berita...tengok blog...berbagai-bagai. Buka minda sikit tengok situasi dalam dan luar...barulah kita tak dikatakan seperti katak di bawah tempurung...dah tak tahu apa-apa pastu nak melenting tak tentu pasal.
Sedih aku tengok orang-orang macam ni...buat penat studi tinggi-tinggi tapi pemikiran seperti katak yang dunianya hanyalah di dalam tempurung. Sudah la sekali sekala
Sakan aku bercuti minggu ni...rilek-rilek kat rumah...mengemas, memasak tengok movie...tengok berita...tengok blog...berbagai-bagai. Buka minda sikit tengok situasi dalam dan luar...barulah kita tak dikatakan seperti katak di bawah tempurung...dah tak tahu apa-apa pastu nak melenting tak tentu pasal.
Sedih aku tengok orang-orang macam ni...buat penat studi tinggi-tinggi tapi pemikiran seperti katak yang dunianya hanyalah di dalam tempurung. Sudah la sekali sekala
Sunday, July 10, 2011
BERSIH ke luar negara
Ketika polis mengawal ketat Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia mengadakan perhimpunan masing-masing menyokong tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil.
Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.
Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.
Gambar BERSIH yg menarik perhatian
Antara gambar-gambar yang menarik perhatian aku walaupun aku tak menyertai perhimpunan ini...walau macam mana pun kita nak berReformasi aurat tetap kita jaga. Syabas..
Wednesday, July 6, 2011
Lagi Aksi Melampau Pekerja KFC...
Apa nak jadi dengan mereka ni...hari tu dah kasi customer ayam cap kasut...ni minyak ayam perisa kain buruk pulak ke...pasni memang aku tak makan dah KFC walau macam mana sekali pun...depa ni boleh lagi dok gelak-gelak tak da perasaan betul. Cuba bayangkan kalau mak bapak mereka sendiri yang makan makanan seperti ni... apa perasaan mereka, mesti tak sanggup nak hidangkan.
Monday, July 4, 2011
Bagaimana nak hidup dengan gaji RM3000...??? di Malaysia..
.
Biar betul gaji RM3000 tak boleh hidup di Malaysia...???..Kalau hidup bujang memang lebih dari cukup aku rasa...tak da tanggungan sangat, tanggung diri sendiri ja...tapi kalau yang dah berkeluarga macam mana....tak percaya cuba kita kira sama-sama...
-
-
-
Sunday, June 26, 2011
Membeli belah di Pasar Karat...
Aktiviti shopping semalam...kemana lagi kalau tak ke Pasar Karat di Lorong Kulit, kenapa namanya pasar karat...sapa yang pernah pi mesti tau kenapa, karat-karat pun ada value tau. Sebenarnya macam-macam barang yang ada dijual di sini antaranya buah-buahan...harganya murah la sikit dari Tesco tu.
Saturday, June 25, 2011
Video Maharaja Lawak JUARA milik SEPAH
.
Video Kumpulan SEPAH MAHARAJA LAWAK 2011.
Berakhirnya satu penantian...akhirnya Juara Maharaja Lawak adalah milik kumpulan SEPAH. Memang tak dinafikan lawak mereka memang konsisten setiap minggu. Untuk pertandingan Maharaja Lawak ini memang SEPAH layak menjadi juara. Lawak sequal yang mereka lakukan dari minggu ke minggu memang menjadi...tahniah kepada kumpulan SEPAH. Tempat kedua JOZAN, ketiga NABIL dan keempat JAMBU.
Video Kumpulan SEPAH MAHARAJA LAWAK 2011.
Sunday, June 19, 2011
Puting Beliung Di Johor - Video
Salam semua...
Sedang kita gelak-gelak tengok maharaja lawak pada hari Jumaat lepas... rupa-rupanya telah berlaku puting beliung di Mersing Johor pada 3.40 petang.
Dalam Quran ada disebut:
Maka ketika mereka melupakan
Maka ketika mereka melupakan
Saturday, June 18, 2011
Tak sanggup makan ayam ni....
.
Tengok je dah kembang dah tekak...ada ke yang sanggup makan ayam dalam tin ni...tidakkkk...aku tak sanggup, aku lebih rela makan sardin cap ayam...dari makan ayam macam nih...erk..
Tengok je dah kembang dah tekak...ada ke yang sanggup makan ayam dalam tin ni...tidakkkk...aku tak sanggup, aku lebih rela makan sardin cap ayam...dari makan ayam macam nih...erk..
Sodaapp.. |
Thursday, June 9, 2011
Help me....!!!!!!
Salam semua...
Wah lama betul rasanya dah tak menjengah ke blog kesayangan ku ini ...kui..Kui..kui. Rasanya lebih dua minggu sudah aku tak post apa-apa, sibuk betul la. Aku seeloknya duduk kat rumah je goyang kaki mengadap PC...tu la gatai sangat nak kerja, masalahnya bukan aku yang cari kerja tapi kerja yang mai cari aku...ceh. Nasib baik la tempat kerja dekat dengan rumah...tak la kalut tak tentu arah pagi-pagi nak pi kerja. Minggu depan aku ada satu lagi training kena attend. di SAFIRA...aku tak tau tempat ni kat mana, aku bukan tau sangat jalan kat belah seberang ni...tanya Hb. Dia pun tak tau... kata orang Penang..adui...ada sesiapa yang tahu tak kat mana...help me please,,,aku kena training satu minggu kat sana ni...hmmm...
PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI ..
Jom join segmen ringkas lagi padat dari sapa lagi kalau tidak bukan dari Sifu Ben Ashaari. Nak join jom klik header di bawah ye...
Saturday, May 28, 2011
Maharaja Lawak minggu - 9 Sepah dan Nabil
Kumpulan SEPAH memang best gabungan bersama pelawak terkenal A.R Badul memang terbaik.
NABIL bersama Sharifah Syahirah...susah jugak Nabil nak handle Sharifah Syahirah...lawak betul ada current issue cara-cara mengelak kena simbah asid...kelakar...
Yang lain-lain pun ok gak la tp yang ni aku rasa yang paling best...pada minggu ini kumpulan Balas pula yang tersingkir...nak buat mcm mana tak da rezeki depa...
Kredit video : Guatv
NABIL bersama Sharifah Syahirah...susah jugak Nabil nak handle Sharifah Syahirah...lawak betul ada current issue cara-cara mengelak kena simbah asid...kelakar...
Yang lain-lain pun ok gak la tp yang ni aku rasa yang paling best...pada minggu ini kumpulan Balas pula yang tersingkir...nak buat mcm mana tak da rezeki depa...
Kredit video : Guatv
Friday, May 27, 2011
Wanita perlu tahu menukar tayar kereta
Salam Semua......
Sudah menjadi lumrah, wanita dikatakan hanya tahu membawa kereta sahaja tetapi tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang kereta, termasuklah menukar tayar. Terlalu bergantung harap kepada suami / bf / rakan lelaki pun payah jugak, kerana mereka bukan sentiasa berada dekat dengan kita. Dibuatnya tayar pancit ketika kita travel sorang-sorang di kawasan sunyi, line phone pulak tak de atau bateri habis...mesti rasa nak pitam dan panik kan.
Jika berlaku situasi sebegini, dan kita tidak ada keupayaan dan juga kemahiran untuk menukar tayar kereta sendiri kebiasaannya apa yang akan kita lakukan ialah menelefon suami ataupun rakan. Cara lain yang terbaik adalah dengan menelefon polis di balai polis berhampiran untuk meminta bantuan. Ataupun menelefon talian tol bebas syarikat insurans ataupun konsesi lebuh raya untuk bantuan.
Elakkan meminta bantuan dari pemandu kenderaan lain yang tidak dikenali untuk mengelakkan dari kena samun ataupun dirompak. Bahaya jugak kalau tukar tayar kereta sorang-sorang... takut ada yang mengambil kesempatan.
Selain dari itu kena pastikan juga spare tyre kita tu dalam keadaan baik, berangin kalau tak kita pulak nanti yang naik angin...Di bawah ni ada sedikit panduan mudah untuk menukar tayar.
INFO: Panduan mudah menukar tayar
Ø Letakkan kereta anda di tempat yang selamat. Pastikan anda meletakkan kereta di tepi jalan yang bebas daripada sebarangan halangan lalu lintas.
Ø Tarik brek tangan dan pastikan gear pada keadaan `meletakkan kenderaan’.
Ø Hidupkan lampu kecemasan dan letakkan papan tiga segi kecemasan yang disimpan dalam kereta.
Ø Gunakan jack untuk mengangkat sedikit ke atas untuk tayar yang pancit.
Ø Gunakan skru kunci empat arah, kemudian putar berlawanan arah jam untuk melonggarkan skru pada tayar.
Ø Keluarkan tayar yang pancit dan ganti dengan tayar simpanan, yang diletak pada tempat simpan barang kenderaan.
Ø Pastikan setiap skru dipasang dan diketatkan dengan rapi.
Ø Simpan semua kelengkapan sebelum meneruskan pemanduan.
Tools yg dgunakan...google pic |
Berblog sambil memasak
Siapa kata tak sempat nak masak, kalau dah mengadap komputer...bole tau , tapi masak fries je la, ayam tak tau bole ke tak. Tak cuba lagi, tak berani takut jahanam PC walaupun minyak bukanlah pengalir, memang komponen tak short cuma jangka hayat mother board tu je yang kureng nanti.
Gambar-gambar ni adalah antara koleksi dari e-mail sebenarnya, tak tahu pulak sumbernya dari mana rasanya dari luar negara...kreatif betoi depa ni.
Cuba perhatikan minyak yang di gunakan adalah minyak sayuran, kerana minyak sayuran memang sesuai di gunakan sebagai penebat.
p/s : Jangan lakukannya di rumah kalau dah lapaq sangat goreng ja fries kat dapur...
Thursday, May 26, 2011
BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU
Salam semua...
Ben Ashaari ajak berkenalan dengan blogger baru jom kita serbu ramai-ramai klik header di bawah untuk penyertaan.....khas buat blogger yang di bawah 1000 followers sahaja okey tarikh tutup penyertaan pada tengah malam ini...masih sempat lagi..... jom terjah.
Ben Ashaari ajak berkenalan dengan blogger baru jom kita serbu ramai-ramai klik header di bawah untuk penyertaan.....khas buat blogger yang di bawah 1000 followers sahaja okey tarikh tutup penyertaan pada tengah malam ini...masih sempat lagi..... jom terjah.
klik pada header
-
-
-
-
Tengok Pirates of The Caribbean sampai tertidur..!!!
Ada jugak yg tak tahu POC tu...hhehehe...Pirates of The Caribbean laaa,,,,repost balik...
Aktiviti hujung minggu lepas, apalagi tengok wayang POC le...memang excited betul nak tengok. Aku pi berdua ja dengan Hb. Dah lama tak tengok wayang berdua...sekali sekala refreshing our love. Bagus jugak takde la hari-hari benda yang sama je...sekali sekala kena lah makan angin berdua.
Aktiviti hujung minggu lepas, apalagi tengok wayang POC le...memang excited betul nak tengok. Aku pi berdua ja dengan Hb. Dah lama tak tengok wayang berdua...sekali sekala refreshing our love. Bagus jugak takde la hari-hari benda yang sama je...sekali sekala kena lah makan angin berdua.
Kami tengok tayangan midnight pukul 11.20pm di GSC QueensBay Mall...tayangan dalam 3D tu (jakun sekejap) maklumlah mana pernah tengok wayang 3D.
punyalah mahai tiket 17.00 ringgt.... |
Cerita ni aku rasa yang best pun masa serangan mermaid...ganas betul, tak sangka muka cantik, rupa-rupanya ganas makan orang. Patut la aku pernah dapat email dulu yang rupa ikan duyung ni sebenarnya huduh. Agaknya betul la tu kan. Part lain semua ok lah...terlalu banyak bersembang sampai aku hampir tertidoq dibuatnya...aku kasi 3 bintang...Lepas menonton kami pi makan supper pulak di Kapitan depan mall je...makan tandoori, pagi-pagi buta makan tandoori sambil tengok bola. Sorry aku tak segan sempat amik gambar. Gambar google jela...
tandoori with naan bread.... credit to google |
p/s : pasni nak tunggu citer twilight pulak...
Wednesday, May 25, 2011
Kerja...kerja...kerja
Salam uols...
Lewat kebelakangan ni aku sedikit kebizian...aku pun tak tau apa yang aku bussy kan sesangat tu...mengalahkan seorang bisnes woman multilevel yang berjaya. Sampai nak cnp update blog pun tak sempat.
Dan minggu ni mungkin minggu terakhir aku berblogging...sebab aku sudah ada commitment lain yang perlu aku utamakan. Aku berblog ni pun hanya sekadar mengisi masa lapang sebenarnya.. selama aku bergelar fulltime house wife.. Hhehehehe...
30hb ni bermula lah semula kerjaya aku sebagai seorang kuli, 4 hari orientasi biasalah tempat baru....studi punyalah nak pecah kepala akhirnya jadi kuli jugak...bravo to me. Tak pe yang penting gaji ada up sikit...walaupun tak sampai 10%...level pun ada naik hihihihi...tempat kerja pun dekat dengan rumah, dua traffic light ja...so takde la kes aku terlanggar traffic light lagi. Sebenarnya aku still lagi buat project yang sama cuma company saja baru.
Kepada rakan blogger jangan le rindu kat aku lak...hehehe...perasan... Aku still ada lagi cuma sebagai pengkomen atau pembaca saja...kalau aku buat entri pun mungkin 2,3 entri je satu minggu...takpun aku copy paste je malas senang.
p/s : Macam mana la depa boleh jumpa aku kat sini...kebetulan pulak aku dah tak dok kat island lagi...
Saturday, May 21, 2011
Bila Johan nyanyi lagu cinta..
Video ni sebenarnya dari raja lawak 1 dulu, masa tu aku tak berapa tengok sangat raja lawak ni. Aku start tengok pun masa raja lawak 2 ,,,jom kita layan lagu ni ramai-ramai sekurang-kurangnya realese la sikit urat-urat yang tersimpul dalam kepala otak korang tu. Tak payah nak sentap-sentap sangat la ..dah memang lumrah manusia tak senang tengok orang lain senang...busuk hati, hitam berkarat kalau rendam dalam clorox pun belum tentu boleh putih bersih.
Cinta harta - Johan
Aku siap salin lagi lagu ni tau....bole karaoke ramai-ramai...Jom kita layan sama-sama....
Cerita pasal cinta saya lihat semua orang suka
Mungkin ada yang terkena apa tah lagi ada yang terasa
Saya tambah lagi satu cerita
Bagaimana orang cintakan harta
Cari pasangan nak kaya saja
Sayang wahai sayang manjanya dia bila berharta
Marah mula marah bila bininya tak punya apa
Jangan adik takut itu perangai abang tak ikut
Memang abang cintakan adik harta adik sumpah tak usik
Abang tak punya apa Cuma harap pada hensem saja
Tapi abang berjanji hudup adik tak kan dipersia
Biar gaji kecik pun tak apa
Rumah kereta adik dah ada
Tinggal lah abang pakai guna saja...
p/s : malam ni nak pi tengok wayang...yeeeeyy....
Friday, May 20, 2011
Strawberry Chocolate Marble CheeseCake
Salam...entri tertunda semalam...
Dengar je strawberry chocolate mesti terbayangkan strawberry kat Cameron Highland kan....kalau pi Cameron tak beli strawberry memang tak sah tapi kalau beli kena makan perabih kat sana kalau bawak turun mesti dah masam...bila dah masam cicah dengan choc. barulah balance masam dan manis..:) J
Dengar je strawberry chocolate mesti terbayangkan strawberry kat Cameron Highland kan....kalau pi Cameron tak beli strawberry memang tak sah tapi kalau beli kena makan perabih kat sana kalau bawak turun mesti dah masam...bila dah masam cicah dengan choc. barulah balance masam dan manis..:) J
Sebenarnya aku memang ada banyak resepi ciskek ni tapi kali ni aku nak try resepi dari kawan satu kolej dulu. Dia rajin buat ciskek ni siap kasi resepi lagi dalam FB..so aku try la buat ubah suai sikit bahan-bahan yang ada.
Aku guna 250gm creame cheese (biarkan dalam suhu bilik), 1 cwn mango yoghurt (perasa plain pun boleh tp. Kena tamb. 2sb jus lemon), 2sb tepung gandum, 2 bj telur dan ¾ cwn gula. Untuk basenya aku guna biskut merrie je..tu pun yang ada kat rumah ni, hancurkan dan gaul dengan sedikit butter. Loyang kalau boleh pakai yang spring form senang nak bukak...kalau tak de pakai je loyang biasa tapi alas dengan baking paper supaya senang nak keluarkan. Kemudian panaskan oven 170celcius selama 10 min.
Antara bahan-bahan |
Cara membuatnya senang saja, pukul cheese dan gula sampai gula hancur, kemudian masukkan telur dan bahan-bahan lain...senang gitu. Untuk hiasan (marble) aku gunakan Hershey`s Syrup choc. dan syrawberry flavour. Kalau ada buah strawberry pun boleh dibuat hiasan.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-45 minit bergantung kepada saiz oven. Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan.
Selamat mencuba...!!!!!
p/s : lapaq la nak pi makan lunch jap..
Thursday, May 19, 2011
Raja Namrud mati disebabkan nyamuk
Assalammualaikum ....
Tazkirah menjelang esok hari Jumaat......sementara nak tunggu Ciskek aku masak kita layan dulu entri ni...sekurang-kurangnya bermakna la jugak masa tu dengan membaca entri sebegini. Sebenarnya malam ni aku tengah memproses ciskek... ada tengah masak dalam oven tu. Besok boleh la tayang kat korang J J J..
Raja Namrud adalah seorang yang zalim pada zamannya yakni pada zaman diutuskan Nabi Ibrahim a.s sebagai petunjuk kebenaran. Namrud mempunyai kerajaan yang besar, harta yang banyak dan kesihatan yang baik, yakni dia tak pernah sakit dalam umurnya. Apabila Nabi Ibrajim berdakwah kepadanya dan mengatakan Allah adalah tuhan, maka ditentangnya dan dikatakan Namrud bahawa dialah tuhan yang mematikan dan menghidupkan.
Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim agar menyuruh Namrud menerbitkan matahari itu dari barat jika benar dia adalah tuhan, kerana Allah yang Esa menerbitkan matahari itu dari timur. Terdiam Namrud dengan kata-kata Nabi Ibrahim lalu disuruhnya pengikutnya menyalakan api yang besar lagi marak dan diikat Nabi Ibrahim lalu dicampaknya Nabi Allah itu ke dalam api tersebut.
Nabi Ibrahim tidak sedikit berasa takut dan baginda hanya berserah diri dan berdoa kepada Allah. Lalu turunlah Jibrail mendapatkan Nabi Ibrahim dan ditanya Jibrail, “Adakah kamu memerlukan sesuatu keperluan dariku?” Jawab Nabi Ibrahim, “Aku tidak punya apa-apa keperluan terhadapmu, tapi aku ada keperluan terhadap Allah”. Nabi Ibrahim menyerahkan bulat-bulat nasibnya kepada Allah lalu dijadikan api yang panas itu sejuk.
Oleh kerana kesombongan Namrud yang masih tidak mahu mengaku kekuasaan Allah, lalu dihantar seekor nyamuk masuk ke dalam otaknya dan berlegar-legar di dalamnya serta mencarik-carik otaknya sehinggalah Namrud mati tersiksa.
Janganlah ragu pada Allah dan janganlah mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan serta janganlah kamu meremehkan dan mengendahkan Al-Quran dan hadith.
Sumber : mediasiber.com
p/s : salam takziah kepada ahli keluarga blogger telordibasuh.blogspot.com yg telah kembali mengadap Ilahi siang tadi.
Wanita seperti yg Dijelaskan oleh Jurutera..
Salam uols ...
Woman as explained by Engineer ini adalah translation dari tajuk di atas. Dulu masa aku study engineering, tak tau pulak benda yang aku study tu rupanya ada kaitan dengan aku...macam ni lah rupanya kalau dah terlalu kreatif.
Gambar yang last ni memang selalu terjadi, selalunya kalau aku n Hb. ke Tesco, kata nak beli satu barang je, tengok-tengok satu trolley aku bawak balik...dengan alasan `ala bukan selalu sekali sekala je`...biasalah orang pompuan kalau ber`shopping..
Woman as explained by Engineer ini adalah translation dari tajuk di atas. Dulu masa aku study engineering, tak tau pulak benda yang aku study tu rupanya ada kaitan dengan aku...macam ni lah rupanya kalau dah terlalu kreatif.
Calculus |
Gambar yang last ni memang selalu terjadi, selalunya kalau aku n Hb. ke Tesco, kata nak beli satu barang je, tengok-tengok satu trolley aku bawak balik...dengan alasan `ala bukan selalu sekali sekala je`...biasalah orang pompuan kalau ber`shopping..
Wednesday, May 18, 2011
Tutup lah seadanya..
Salam uols...
Berjalan ke sana ke sini, tak kira di blog dan facebook aku lihat ramai pulak yang buat entri mengenai tudung,,,iaitu pemakaian yang menutup aurat yang betul khususnya untuk perempuan. Tak de pulak entri pakaian yang menutup aurat bagi lelaki...sedangkan lelaki pun ada aurat juga untuk dijaga bukan kaum wanita saja.
Yang aku belajar kat sekolah agama dulu aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi yang aku tengok sekarang ni...dari pusat tak sampai lutut. Memang la tak naik nafsu pun kalau tengok tapi tak tau la kalau dengan perempuan lain ..ngeh..ngeh..ngeh.
Contohilah imam muda main bola pun pakai trek suit mana ada pakai seluar pendek...so pasni bawak-bawak le pakai seluar panjang even pergi jalan-jalan, memancing atau ke pasar malam ye..bukan kaum hawa je kena berubah kaum adam pun sama.
p/s : aku ingat nak buat entri lain terkeluaq entri ni pulak...tajuk pun asal boleh je...
Berjalan ke sana ke sini, tak kira di blog dan facebook aku lihat ramai pulak yang buat entri mengenai tudung,,,iaitu pemakaian yang menutup aurat yang betul khususnya untuk perempuan. Tak de pulak entri pakaian yang menutup aurat bagi lelaki...sedangkan lelaki pun ada aurat juga untuk dijaga bukan kaum wanita saja.
Yang aku belajar kat sekolah agama dulu aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi yang aku tengok sekarang ni...dari pusat tak sampai lutut. Memang la tak naik nafsu pun kalau tengok tapi tak tau la kalau dengan perempuan lain ..ngeh..ngeh..ngeh.
Contohilah imam muda main bola pun pakai trek suit mana ada pakai seluar pendek...so pasni bawak-bawak le pakai seluar panjang even pergi jalan-jalan, memancing atau ke pasar malam ye..bukan kaum hawa je kena berubah kaum adam pun sama.
p/s : aku ingat nak buat entri lain terkeluaq entri ni pulak...tajuk pun asal boleh je...
23 perkara jangan dilakukan ketika memandu
Salam semua, nampaknya tak habis lagi problem blogspot ni ye. aku bukak-bukak je macam-macam masalah, ada tab follower hilangla....hilang sekejap je tu nanti timbul la balik. Ramai jugak rakan-rakan blogger yang dah bertukar ke .com tapi hosting masih lagi blogspot...tak paham aku maklumla aku ni tak reti sangat bab IT ni...kalau setakat bukak pasang balik komputer tu aku tau la, teknikal je. Apa-apa kita layan dulu entri di bawah ni dulu, yang telah di kopi pes dari email..huk..huk...batuk jap...
23 perkara jangan dilakukan ketika memandu
1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)