Pages1

Saturday, May 28, 2011

Maharaja Lawak minggu - 9 Sepah dan Nabil

Kumpulan SEPAH memang best gabungan bersama pelawak terkenal A.R Badul memang terbaik.




NABIL bersama Sharifah Syahirah...susah jugak Nabil nak handle Sharifah Syahirah...lawak betul ada current issue cara-cara mengelak kena simbah asid...kelakar...




Yang lain-lain pun ok gak la tp yang ni aku rasa yang paling best...pada minggu ini kumpulan Balas pula yang tersingkir...nak buat mcm mana tak da rezeki depa...

Kredit video : Guatv

Friday, May 27, 2011

Wanita perlu tahu menukar tayar kereta


Salam Semua......

Sudah menjadi lumrah, wanita dikatakan hanya tahu membawa kereta sahaja tetapi tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang kereta, termasuklah menukar tayar. Terlalu bergantung harap kepada suami / bf / rakan lelaki pun payah jugak, kerana mereka bukan sentiasa berada dekat dengan kita. Dibuatnya tayar pancit ketika kita travel sorang-sorang di kawasan sunyi, line phone pulak tak de atau bateri habis...mesti rasa nak pitam dan panik kan.

Jika berlaku situasi sebegini, dan kita tidak ada keupayaan dan juga kemahiran untuk menukar tayar kereta sendiri kebiasaannya apa yang akan kita lakukan ialah menelefon suami ataupun rakan. Cara lain yang terbaik adalah dengan menelefon polis di balai polis berhampiran untuk meminta bantuan. Ataupun menelefon talian tol bebas syarikat insurans ataupun konsesi lebuh raya untuk bantuan.

Elakkan meminta bantuan dari pemandu kenderaan lain yang tidak dikenali untuk mengelakkan dari kena samun ataupun dirompak. Bahaya jugak kalau tukar tayar kereta sorang-sorang... takut ada yang mengambil kesempatan.

Selain dari itu kena pastikan juga spare tyre kita tu dalam keadaan baik, berangin kalau tak kita pulak nanti yang naik angin...Di bawah ni ada sedikit panduan mudah untuk menukar tayar.

INFO: Panduan mudah menukar tayar

Ø  Letakkan kereta anda di tempat yang selamat. Pastikan anda meletakkan kereta di tepi jalan yang bebas daripada sebarangan halangan lalu lintas.
Ø  Tarik brek tangan dan pastikan gear pada keadaan `meletakkan kenderaan’.
Ø  Hidupkan lampu kecemasan dan letakkan papan tiga segi kecemasan yang disimpan dalam kereta.
Ø  Gunakan jack untuk mengangkat sedikit ke atas untuk tayar yang pancit.
Ø  Gunakan skru kunci empat arah, kemudian putar berlawanan arah jam untuk melonggarkan skru pada tayar.
Ø  Keluarkan tayar yang pancit dan ganti dengan tayar simpanan, yang diletak pada tempat simpan barang kenderaan.
Ø  Pastikan setiap skru dipasang dan diketatkan dengan rapi.
Ø  Simpan semua kelengkapan sebelum meneruskan pemanduan.


Tools yg dgunakan...google pic


Berblog sambil memasak


Siapa kata tak sempat nak masak, kalau dah mengadap komputer...bole tau , tapi masak fries je la, ayam tak tau bole ke tak. Tak cuba lagi, tak berani takut jahanam PC walaupun minyak bukanlah pengalir, memang komponen tak short cuma jangka hayat mother board tu je yang kureng nanti.

Gambar-gambar ni adalah antara koleksi dari e-mail sebenarnya, tak tahu pulak sumbernya dari mana rasanya dari luar negara...kreatif betoi depa ni.   





Cuba perhatikan minyak yang di gunakan adalah minyak sayuran, kerana minyak sayuran memang sesuai di gunakan sebagai penebat.



p/s : Jangan lakukannya di rumah kalau dah lapaq sangat goreng ja fries kat dapur...

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Salam semua...

Ben Ashaari ajak berkenalan dengan blogger baru jom kita serbu ramai-ramai klik header di bawah untuk penyertaan.....khas buat blogger yang di bawah 1000 followers sahaja okey tarikh tutup penyertaan pada tengah malam ini...masih sempat lagi..... jom terjah.

klik pada header  
-
-
-
-



Tengok Pirates of The Caribbean sampai tertidur..!!!

Ada jugak yg tak tahu POC tu...hhehehe...Pirates of The Caribbean laaa,,,,repost balik...

Aktiviti hujung minggu lepas, apalagi tengok wayang POC le...memang excited betul nak tengok. Aku pi berdua ja dengan Hb. Dah lama tak tengok wayang berdua...sekali sekala refreshing our love. Bagus jugak takde la hari-hari benda yang sama je...sekali sekala kena lah makan angin berdua.

Kami tengok tayangan midnight pukul 11.20pm di GSC QueensBay Mall...tayangan dalam 3D tu (jakun sekejap) maklumlah mana pernah tengok wayang 3D.

punyalah mahai tiket 17.00 ringgt....

Cerita ni aku rasa yang best pun masa serangan mermaid...ganas betul, tak sangka muka cantik, rupa-rupanya ganas makan orang. Patut la aku pernah dapat email dulu yang rupa ikan duyung ni sebenarnya huduh. Agaknya betul la tu kan. Part lain semua ok lah...terlalu banyak bersembang sampai aku hampir tertidoq dibuatnya...aku kasi 3 bintang...Lepas menonton kami pi makan supper pulak di Kapitan depan mall je...makan tandoori, pagi-pagi buta makan tandoori sambil tengok bola. Sorry aku tak segan sempat amik gambar. Gambar google jela...

tandoori with naan bread....
credit to google



p/s : pasni nak tunggu citer twilight pulak...

Wednesday, May 25, 2011

Kerja...kerja...kerja

Salam uols...

Lewat kebelakangan ni aku sedikit kebizian...aku pun tak tau apa yang aku bussy kan sesangat tu...mengalahkan seorang bisnes woman multilevel yang berjaya. Sampai nak cnp update blog pun tak sempat.

Dan minggu ni mungkin minggu terakhir aku berblogging...sebab aku sudah ada commitment lain yang perlu aku utamakan. Aku berblog ni pun hanya sekadar mengisi masa lapang sebenarnya.. selama aku bergelar fulltime house wife.. Hhehehehe...

30hb ni bermula lah semula kerjaya aku sebagai seorang kuli, 4 hari orientasi biasalah tempat baru....studi punyalah nak pecah kepala akhirnya jadi kuli jugak...bravo to me. Tak pe yang penting gaji ada up sikit...walaupun tak sampai 10%...level pun ada naik hihihihi...tempat kerja pun dekat dengan rumah, dua traffic light ja...so takde la kes aku terlanggar traffic light lagi. Sebenarnya aku still lagi buat project yang sama cuma company saja baru.

Kepada rakan blogger jangan le rindu kat aku lak...hehehe...perasan... Aku still ada lagi cuma sebagai pengkomen atau pembaca saja...kalau aku buat entri pun mungkin 2,3 entri je satu minggu...takpun aku copy paste je malas senang.




p/s :  Macam mana la depa boleh jumpa aku kat sini...kebetulan pulak aku dah tak dok kat island lagi...

Saturday, May 21, 2011

Bila Johan nyanyi lagu cinta..

Video ni sebenarnya dari raja lawak 1 dulu, masa tu aku tak berapa tengok sangat raja lawak ni. Aku start tengok pun masa raja lawak 2 ,,,jom kita layan lagu ni ramai-ramai sekurang-kurangnya realese la sikit urat-urat yang tersimpul dalam kepala otak korang tu. Tak payah nak sentap-sentap sangat la ..dah memang lumrah manusia tak senang  tengok orang lain senang...busuk hati, hitam berkarat kalau rendam dalam clorox pun belum tentu boleh putih bersih.   



Cinta harta - Johan


Aku siap salin lagi lagu ni tau....bole karaoke ramai-ramai...Jom kita layan sama-sama....

Cerita pasal cinta saya lihat semua orang suka
Mungkin ada yang terkena apa tah lagi ada yang terasa
Saya tambah lagi satu cerita
Bagaimana orang cintakan harta
Cari pasangan nak kaya saja

Sayang wahai sayang manjanya dia bila berharta
Marah mula marah bila bininya tak punya apa
Jangan adik takut itu perangai abang tak ikut
Memang abang cintakan adik harta adik sumpah tak usik

Abang tak punya apa Cuma harap pada hensem saja
Tapi abang berjanji hudup adik tak kan dipersia
Biar gaji kecik pun tak apa
Rumah kereta adik dah ada
Tinggal lah abang pakai guna saja...



p/s : malam ni nak pi tengok wayang...yeeeeyy....

Friday, May 20, 2011

Strawberry Chocolate Marble CheeseCake


Salam...entri tertunda semalam...

Dengar je strawberry chocolate mesti terbayangkan strawberry kat Cameron Highland kan....kalau pi Cameron tak beli strawberry memang tak sah tapi kalau beli kena makan perabih kat sana kalau bawak turun mesti dah masam...bila dah masam cicah dengan choc. barulah balance masam dan manis..:) J

Sebenarnya aku memang ada banyak resepi ciskek ni tapi kali ni aku nak try resepi dari kawan satu kolej dulu. Dia rajin buat ciskek ni siap kasi resepi lagi dalam FB..so aku try la buat ubah suai sikit bahan-bahan yang ada. 

Aku guna 250gm creame cheese (biarkan dalam suhu bilik), 1 cwn mango yoghurt (perasa plain pun boleh tp. Kena tamb. 2sb jus lemon), 2sb tepung gandum, 2 bj telur dan ¾ cwn gula. Untuk basenya aku guna biskut merrie je..tu pun yang ada kat rumah ni, hancurkan dan gaul dengan sedikit butter. Loyang kalau boleh pakai yang spring form senang nak bukak...kalau tak de pakai je loyang biasa tapi alas dengan baking paper supaya senang nak keluarkan. Kemudian panaskan oven 170celcius selama 10 min.



Antara bahan-bahan

Cara membuatnya senang saja, pukul cheese dan gula sampai gula hancur, kemudian masukkan telur dan bahan-bahan lain...senang gitu. Untuk hiasan (marble) aku gunakan Hershey`s Syrup choc. dan syrawberry flavour. Kalau ada buah strawberry pun boleh dibuat hiasan.



Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-45 minit bergantung kepada saiz oven. Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan.



Selamat mencuba...!!!!!




p/s : lapaq la nak pi makan lunch jap..

Thursday, May 19, 2011

Raja Namrud mati disebabkan nyamuk

Assalammualaikum ....

Tazkirah menjelang esok hari Jumaat......sementara nak tunggu Ciskek aku masak kita layan dulu entri ni...sekurang-kurangnya bermakna la jugak masa tu dengan membaca entri sebegini. Sebenarnya malam ni aku tengah memproses ciskek... ada tengah masak dalam oven tu. Besok boleh la tayang kat korang J J J..

Raja Namrud adalah seorang yang zalim pada zamannya yakni pada zaman diutuskan Nabi Ibrahim a.s sebagai petunjuk kebenaran. Namrud mempunyai kerajaan yang besar, harta yang banyak dan kesihatan yang baik, yakni dia tak pernah sakit dalam umurnya. Apabila Nabi Ibrajim berdakwah kepadanya dan mengatakan Allah adalah tuhan, maka ditentangnya dan dikatakan Namrud bahawa dialah tuhan yang mematikan dan menghidupkan.

Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim agar menyuruh Namrud menerbitkan matahari itu dari barat jika benar dia adalah tuhan, kerana Allah yang Esa menerbitkan matahari itu dari timur. Terdiam Namrud dengan kata-kata Nabi Ibrahim lalu disuruhnya pengikutnya menyalakan api yang besar lagi marak dan diikat Nabi Ibrahim lalu dicampaknya Nabi Allah itu ke dalam api tersebut.

 
Nabi Ibrahim tidak sedikit berasa takut dan baginda hanya berserah diri dan berdoa kepada Allah. Lalu turunlah Jibrail mendapatkan Nabi Ibrahim dan ditanya Jibrail, “Adakah kamu memerlukan sesuatu keperluan dariku?” Jawab Nabi Ibrahim, “Aku tidak punya apa-apa keperluan terhadapmu, tapi aku ada keperluan terhadap Allah”. Nabi Ibrahim menyerahkan bulat-bulat nasibnya kepada Allah lalu dijadikan api yang panas itu sejuk.

Oleh kerana kesombongan Namrud yang masih tidak mahu mengaku kekuasaan Allah, lalu dihantar seekor nyamuk masuk ke dalam otaknya dan berlegar-legar di dalamnya serta mencarik-carik otaknya sehinggalah Namrud mati tersiksa.

Janganlah ragu pada Allah dan janganlah mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan serta janganlah kamu meremehkan dan mengendahkan Al-Quran dan hadith.

Sumber : mediasiber.com

p/s : salam takziah kepada ahli keluarga blogger telordibasuh.blogspot.com yg telah kembali mengadap Ilahi siang tadi.


Wanita seperti yg Dijelaskan oleh Jurutera..

Salam uols ...

Woman as explained by Engineer ini adalah translation dari tajuk di atas. Dulu masa aku study engineering, tak tau pulak benda yang aku study tu rupanya ada kaitan dengan aku...macam ni lah rupanya kalau dah terlalu kreatif.


Calculus

Gambar yang last ni memang selalu terjadi, selalunya kalau aku n Hb. ke Tesco, kata nak beli satu barang je, tengok-tengok satu trolley aku bawak balik...dengan alasan `ala bukan selalu sekali sekala je`...biasalah orang pompuan kalau ber`shopping..



Wednesday, May 18, 2011

Tutup lah seadanya..

Salam uols...

Berjalan ke sana ke sini, tak kira di blog dan facebook aku lihat ramai pulak yang buat entri mengenai tudung,,,iaitu pemakaian yang menutup aurat yang betul khususnya untuk perempuan. Tak de pulak entri pakaian yang menutup aurat bagi lelaki...sedangkan lelaki pun ada aurat juga untuk dijaga bukan kaum wanita saja.

Yang aku belajar kat sekolah agama dulu aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi yang aku tengok sekarang ni...dari pusat tak sampai lutut. Memang la tak naik nafsu pun kalau tengok tapi tak tau la kalau dengan perempuan lain ..ngeh..ngeh..ngeh.

Contohilah imam muda main bola pun pakai trek suit mana ada pakai seluar pendek...so pasni bawak-bawak le pakai seluar panjang even pergi jalan-jalan, memancing atau ke pasar malam ye..bukan kaum hawa je kena berubah kaum adam pun sama.

p/s : aku ingat nak buat entri lain terkeluaq entri ni pulak...tajuk pun asal boleh je...

23 perkara jangan dilakukan ketika memandu

Salam semua, nampaknya tak habis lagi problem blogspot ni ye. aku bukak-bukak je macam-macam masalah, ada tab follower hilangla....hilang sekejap je tu nanti timbul la balik. Ramai jugak rakan-rakan blogger yang dah bertukar ke .com tapi hosting masih lagi blogspot...tak paham aku maklumla aku ni tak reti sangat bab IT ni...kalau setakat bukak pasang balik komputer tu aku tau la, teknikal je. Apa-apa kita layan dulu entri di bawah ni dulu, yang telah di kopi pes dari email..huk..huk...batuk jap...  


23 perkara jangan dilakukan ketika memandu



1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.





Tuesday, May 17, 2011

Lawak apa la Pak Arab ni..

Kesian betul kat pak arab ni yang member dia tu saja nak kenakan dia adoiyai...nak pecah perut gelak.





p/s : Tengok video lawak lagi best dari...baca entri yang ber`double meaning tu ...tak senonoh betoi...

Fakta tentang coke - Believe it or not

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan dengan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan.
 
google




Jika anda berada di rumah anda boleh mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.



2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! - - - - Boleh try kalau pencuci dah habis.



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.



5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.



6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.




7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih.



8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.



Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


9.   Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. - - - - Patut pun aku kalau minum coke mesti nak campur dengan air, mana boleh tahan manis..korang mesti gelak kat aku.



Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. - - - - Antara kandungan yang terdapat dalam coke ialah  gula atau sirap jagung fruktosa tinggi , warna karamel , kafein , asid fosfat , coca ekstrak , kacang kola ekstrak, kapur ekstrak, vanila dan gliserin.



Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.



Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.



Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. - - - - Boleh jadi cili berperisa coke.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah.



Sunday, May 15, 2011

Menu simple - Daging Masak Merah

Salam Semua...


Menu yang simple lagi hari ni memperabihkan stok daging yang di beli minggu lepas,,,dok lama sangat kat ais box lama-lama takut jadi batu pulak. Macam biasa aku kalau masak daging mesti rebus dulu dalam periuk rice cooker lama aku dulu... nak kasi cepat empuk ni memang petua aku kalau nak masak daging. Kalau pakai periuk biasa pun boleh tapi lambat la sikit nak empuknya. Lepas rebus barulah potong daging ikut suka hati nak besar mana. Tips potong daging mestilah melawan urat daging kalau tak jadi chewing gam la daging nanti. Tapi kalau dah rebus dulu InsyaAllah tak liat.

Ini la hasilnya :>>>






Jom makan pasta..

Rasa macm nak makan pasta la hari ni....Video ni sebenarnya di ambil dari laman facebook Rahsia Perkahwinan...saja aku copy masuk dalam blog ni...nak buat experiment, nampaknya berjaya...bolehlah buat lagi, takde lah copy video dari youtube je...


RESIPI MASAKAN PASTA GORENG

Bahan-bahan

1) Pasta spiral (1 mangkuk)
2) Daging cincang (500g)
3) Sos pasta (200g)
4) Tomato dicincang kasar (1/2 biji)
5) Lada benggala dipotong dadu (1/2 biji)
6) Bawang besar dicincang (1/2 biji)
7) Oregano (1 sudu kecil)
8) Minyak zaiton (1 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Cara Memasak

Didihkan air bersama garam dan minyak zaiton.

Masukkan pasta dan masak hingga lembut.

Angkat dan ketepikan.

Goreng daging cincang sehingga bertukar warna dan masak.

Masukkan sos pasta, bawang, capsicum, tomato dan oregano.

Masukkan pasta dan kacau sebati.



sumber : trymasak.my

Saturday, May 14, 2011

Sakit-sakit pun makan Pizza..

Tadi dalam tak sihat sempat jugak pi makan di pizza hut....macam tu lah kalau layan tekak orang sakit bukan nak makan yang murah-murah. Ni pun rasa macam nak demam balik. Sempat la jugak aku men snap gambar budak-budak ni yg tengah kelaparan. Yang adik sampai tisu pun nak makan, yang kakak kaki pun dah naik atas kerusi...letih sangat la tu nak perabih sekeping pizza. Layan jela gambar-gambar ni...guna hp je.....






Aku sakit + Anak kembar Sazzy Falak

Hari ni aku tak sihat lagi sakit kepala + selsema + sakit perut = demam, soo entri aku pendek-pendek je la...eekk mcm la aku pernah buat entri panjang-panjang. Aku rasa inilah akibatnya kalau tak berpantang dengan betul..arwah mak aku dah pesan dalam pantang jangan makan ais nanti sejuk....mana boleh tahan wei panas sekali sekala aku teguk jugak ais....ha sekarang dah kena penyakit baru padan muka aku. Konon-konon dah kuat sangat la, mula-mula memang la tak nampak tapi untuk jangkamasa panjang sendiri mau ingat.


Selain daripada itu aku pun nak share la gambar anak kembar perempuan artis Sazzy Falak. Nama anaknya Iman Lily dan Tiara Rose. Bestnya kalau dapat anak kembar kan....



Senaman wajah di pagi hari - Petua awet muda

Salam dan Selamat Pagi,

Senaman yang paling senang nak dilakukan tak payah teruk-teruk pergi jogging hanya duduk-duduk, sambil bawak kereta nak pi keja , sementara menunggu traffic light tu pun boleh buat. Kalau segan orang nampak buat je kat dalam toilet heheheh...


senaman wajah baik untuk kesihatan

Bukan tubuh je harus bersenam, wajah kita pun harus bersenam jika tidak otot wajah juga berpotensi menjadi kerut dan berkendur. Faktor usia dan persekitaran boleh dijadikan sebagai faktor utama kenapa semua ini berlaku. Sentap Tension dengan bos kat tempat kerja, tension tengok rumah berselerak. Semua ini adalah faktor muka kita akan jadi cepat tua.

Cara melakukannya ialah dengan mengurut pada wajah sekurang-kurangnya selama 4 minit setiap pagi dan petang. Malam tak payah la urut, bukan ada orang nak tengok pun.

Selain daripada teknik urutan, teknik dengan membuka mulut lebar-lebar dan membuat pergerakan mulut dengan menyebut huruf-huruf vokal atau konsonan pun boleh dilakukan. Buat dalam beberapa saat untuk setiap sebutan huruf. Yang ni dah macam dalam kelas vokal akedemi fantasia je.

Cara lain untuk mengurangkan stress pada wajah ialah dengan membiasakan makan gula-gula getah, sekurang-kerangnya kurang la sikit stress kat muka kita tu. Selamat mencuba..!!!!

Apa Sudah jadi post Hilang or reset...??!!

Adoi poning...poning....nasib baik aku post satu entri je kelmarin...bukak,bukak tengok entri Kepala Air je..yang entri senaman muka jadi draft balik adeh....semalam aku siap edit header kasi lawa sikit....itu pun kena reset balik ke asal. Macam mana la agak nye sapa berniaga online guna blog tu...jenuh nak upload balik gambar-gambar...kesian kat dorang...dugaan,dugaan.


 p/s suka sangat tengok lawak JAMBU hari ni...mmg ada klas...



Satu hari yg Bosan...

OH My GOD…why tak tak bole bukak ni….???!!!!!...Blogger tengah maintenance pulak dah…. dah pening la tu….semua sudah ada blog..hmmm apa nak buat ni,,,kenalah layan MukaBulu
FB balik. Dah berabuk dah mukabuku aku tuh…gambar pun dah berzaman tak berupload. BORING GILES… layan sponged Bob lagi best…




p/s: Entri ini telah di taip pada pukul 5.00 petang.


Wednesday, May 11, 2011

Fenomena Kepala Air

Air terjun sememangnya satu tempat beristirehat dan beriadah yang memang ramai pengunjungnya. Ramai orang suka berkelah di air tejun tambahan pulak dengan cuaca yang panas terik sekarang ni. Buat barbeku + makan durian fuh....memang best tak ingat.

Tapi harus diingatkan dalam keseronokan itu pasti ada bahayanya, terutamanya di kawasan air terjun. Fenomena kepala air, masih ramai lagi yang tak tahu akan fenomena semula jadi ini. Boleh di katakan semua kawasan air terjun berpontensi untuk berlaku terjadinya kepala air ini, bergantung kepada faktor perubahan bentuk muka bumi yang mungkin disebabkan oleh projek-projek haram di hulu sungai, yang boleh memberi satu  jangkamasa bila kepala air akan berlaku.

Satu lagi faktor adalah disebabkan ada orang yang membuka empangan di hulu sungai, kejadian ini aku pernah alaminya dekat Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, tapi selalunya mereka akan bunyikan siren amaran dulu.

Sesetengah kawasan air terjun yang selalu berlaku kepala air akan ada papan tanda peringatan seperti di bawah ini.

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi
Selain daripada itu keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu...walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu. Kerana bila terjadinya kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak menyelamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai.

Bahaya aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Oleh itu pengetahuan tentang fenomena ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan kematian akibat daripada kepala air ini. Beringat sebelum terkena.



p/s : Takziah kepada kaum keluarga tragedi di Sungai Ulu Bendul.

Tuesday, May 10, 2011

Jom Lepak di Bangku Kosong



Sertai segmen lagi, kali ni di buat oleh Blogger Bangku Kosong, cara-cara nak sertai segmen ini terbuka kepada blogger yang blognya kurang dari 500 FOLLOWERS, molek sangatlah tu blog ni pun masih baru lagi beroperasi.

So kepada rakan-rakan blogger jom la kita ramai-ramai memeriahkan lagi segmen ni, tarikh tutup penyertaan pada 13 Mei Jumaat ni sempat lagi. Klik DI SINI untuk penyertaan ye..





Aurat Wanita Muslimah mengikut syarak

Entri ni boleh dikatakan sebagai kesenambungan dari entri yang pernah aku tulis di sini. Aku bukan lah seorang yang pandai sangat berhujah tentang bab agama, hukum hakam, apa yang aku anggap ini adalah sebagai satu perkongsian sesama kita ingat memperingati supaya tidak tersimpang jauh dari landasan yang sepatutnya.


Aurat sekali lagi sering menjadi isu masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa. 


Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]




(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) JUBAH wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum.

Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
( ini adalah pengertian kepada kalimat tabarruj )



(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); -----> bersolek


(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. ----> haram memakai perfume kecuali untuk suami sahaja.


Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Sumber : DI SINI


Wanita Islam Wajib Baca
klik di sini------------->>>    jangan bertudung tapi telanjang






 P/S : Tak suka betoi tengok lawak si polan tu asyik double meaning je dah kering idea la tu.

Nuffnang Ads