Pages1

Friday, April 29, 2011

Lagi kesalahan pemakaian tudung - ulangan

Entri ni sememangnya memang entri ulangan. Tapi tak salah kalau kita ulang tayang balik bukannya luak pun. Ingat memperingati antara satu sama lain tak salah rasanya. Lagi pun kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sentiasa melakukan kesilapan.
Aurat, adakah kita menutup aurat kita dengan cara yang betul. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Pemakaian tudung yang menyerupai tudung biarawati Kristian, yang ni selalu sangat jumpa bukan orang muda saja yang terikut cara begini, makcik-makcik pun ada yang terikut jugak.


Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

mcm ni pun ada ke
Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


Sekadar gambar hiasan
Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Sorry Datuk tudung u memang mcm tudung saji 
Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Zaman studi selalu pakai macam ni
Sebenarnya banyak lagi kesalahan dalam pemakaian tudung ni.



Ikutlah cara pemakaian tudung seperti di bawah ni. Inilah cara menutup aurat yang betul.

Jadikan ini sebagai panduan


Tips guna pakai semula anti virus

Tips ini untuk pengguna Kaspersky sahaja. Sebenarnya anti virus aku dah nak expired lagi beberapa hari. Almaklumlah dah hujung-hujung bulan ni malas betul nak keluar duit. Sementara nak tunggu PC Fair Kat PISA dalam tengah bulan ni boleh la try dulu tips ni for temporary je.
source google
Aku dapat tips ni pun dari sumber-sumber yang boleh di percayai. So aku copycat je lah kat sini yer.

1. Download Kaspersky Anti Virus dari Kaspersky Lab.                    
2. Sudah siap download, sila install.
3. Bila tiba part activate tu pilihlah activate trial version.
4. biasanya tempoh percubaan adalah 30 hari.
ini tipsnya:

1. Setelah cukup 30 hari.

2. Pasti ada banyak mesej dari Kaspersky, sampai rimas dibuatnya.

3. Jalan mudah,
uninstall Kasperksy (sama macam uninstall lain-lain software).

4, Sudah siap uninstall (biasanya kena
reboot komputer), rebootlah komputer.

5. Macam biasa pada run taip
regedit dan tekan enter.

6. tentu dapat register edit punya.

7.
remove hkey_local_machine\software\KasperskyLab\LicStorag e (kalau tiada maknanya masa uninstall dia sudah remove).

11. kemudian
remove hkey_local_machine\software\Microsoft\Cryptography \RNG (RNG ni adalah random number generator - remove aje)

12, Kemudian
remove hkey_local_machine\Microsoft\SystemCertificates\SP C\Certificates.

13, Okay dah siap remove 3 benda tersebut.

14.
Run install Kaspersky semula macam biasa (lebih mudah pastikan sudah ada sambungan ke internet terlebih dahulu).

15. Ulangi install dengan
activate trial version seperti biasa.

16. Ulangi step 1 hingga 15 setelah tamat tempoh 30 hari.



Free for Life.

Wednesday, April 27, 2011

Ombak Rindu..pic Maya Karin bertudung

Siapa yang tak pernah baca novel ni memang rugi. Tak lama lagi cerita ini akan di filemkan. Sama seperti cerita LBS. Tak sabarnya nak tengok, mesti bestkan dengan pelakon-pelakon yang sememangnya top-malatop.


 Sinopsis : dipetik dari Jiwang.org

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Ini pulak temubual dengan Maya Karin tentang pengalamannya yang membawa watak Izzah yang bertudung.

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.


Bagus la Maya semoga lepas ni boleh la teruskan memakai tudung. Jangan jadi macam tudung saji pulak,,,

Layan lagi gambar...


Yg. ni mcm hantu kak limah balik mandi je....



Cara kupas kentang yg paling senang.

Malas nak kupas kentang ikut cara ni jimat masa.






Tuesday, April 26, 2011

Kisah Cinta..Hargailah ia..

Video klip ni sebenarnya dah lama dah tengok dulu, tapi time tu dalam format Power Point. Tengok banyak kali pun tak jemu-jemu. Ayat-ayat dalam video ni memang menyentuh perasaan....eerrk ..jiwang la pulak.



 Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang? macam mana juga kasih sayng itu nak berkekalan...??? Jawapannya ada ddlm videa di bawah.





Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu, kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.



Aku Tak paham Betoi...

Sungguh aku tak paham dengan manusia ni, kalau tak mengumpat hal orang tak boleh ke. Dapat duit ke kalau mengumpat dalam erti kata lain mengata atau dengan kata lain lagi memperli, kalau orang Sabah cakap mengolok....BOLE BAH KALAU KAU...AKU TAK PAHAM BETOI...!!!!???.
Aku memang tak puas hati betul dengan makhluk-makhluk dalam `muka buku` yang sememangnya memang suka bermuka-muka. Entah kenapa aku dah makin meluat dah nak tengok.
Suka mengata orang, macam la hang tu baguih sangat. Hello makcik tolong jaga dalam kain awak dulu ye sebelum nak jaga tepi kain orang.
Daripada apa yang aku peratikan laman muka buku ni, memang tak de faedah langsung, aku pun tak paham betul kenapa ada orang yang sanggup nak mengadap , meng` update dan lepas tu orang komen .
Kalau komen baik ok la, ini siap perli-perli, mengata, .W.T.H apa kejadah nya tu semua. Tak de adab sungguh.  Kalau nak komen tu biarlah yang bermanfaat sikit,,,dosa dah berbakul – bakul takkan nak tambah lagi berbakul. Dah aku malas dah nak mengata nanti aku pon tambah dosa.





Saturday, April 23, 2011

10 Tabiat Lelaki Malas

10 tabiat ni di kira yang umum la...kalau  nak disenaraikan banyak lagi rasanya. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sangat sebenarnya, mungkin kerana didikan, ego dan sifat semula jadi mereka jadi begitu.

Bagi aku lah kalau dah malas tu malas jugak, mungkin mereka ni fikir tu semua kerja orang pompuan, nanti jadi pelik pulak tetiba tengok lelaki kemas rumah. Tapi yang penting bagi kaum lelaki bukannya susah kalau buat kerja-kerja orang pompuan ni...bukannya kena tukar jantina pon.


sumber ; beritaharian

1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN

Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan.

Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman.
2. MENGEMAS RUMAH

Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata.

3. TIDAK MENCUCI PINGGAN

Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang.

Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula.

4. MENGGOSOK BAJU

Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju.

Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju.

5. BERCUKUR

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit.

6. RAMBUT KUSUT

Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.

7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH

Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.

Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya.

8. MENCUCI KENDERAAN

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.

BANGUN AWAL PAGI
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah.

9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI

Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki.

Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.

10. MEMBACA

Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan.

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai.

Tertipu dengan Skim Cepat Kaya....Lagi???

Di zaman serba moden ni masih ada lagi yang terpedaya dengan SKIM CEPAT KAYA...????. Nak tipu pun warga emas habis semua simpanan untuk hari tua mereka tergadai kesian, sebenarnya bukan senang nak senang bukan susah nak susah pon..renung2 la.


google image

sumber : beritaharian

JITRA: Terpedaya dengan pulangan pelaburan lumayan yang dijanjikan seorang wanita menjerat 50 suri rumah yang kebanyakannya warga emas di sekitar taman perumahan di sini, selepas wang pelaburan mereka berjumlah hampir RM4 juta dilarikan suspek, akhir Mac lalu.

Suspek yang berusia 50-an itu dipercayai tinggal di Taman Ihsan di sini, sejak 20 tahun lalu, dipercayai mula memperdaya jiran dan kenalan rapatnya dengan memujuk mereka menyertai skim pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan mencecah dua kali ganda nilai pelaburan, sejak awal tahun ini.

Malah, suspek juga menjadikan pusat nyanyian dan tarian miliknya di Pekan Jitra di sini, sebagai tempat riadah bersama jiran dan kenalan sebelum menjerat mangsa menyertai skim pelaburan kononnya membabitkan sebuah kilang kain terbesar di Sungai Petani.
Difahamkan, suspek juga menabur janji manis menjerat mangsa termasuk memberi komisen antara lima hingga 10 peratus setiap bulan.

Kebanyakan mangsa ditipu itu suri rumah berusia antara 50 hingga 80 tahun dipercayai melabur antara RM6,000 hingga RM450,000.

Difahamkan, kebanyakan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu petang, semalam.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong berkata, beliau menerima aduan beberapa mangsa pada Isnin lalu, yang mendakwa kerugian hampir RM4 juta selepas wang pelaburan dilarikan wanita berkenaan.

p/s : takder sapa pon nak kasi duit free...

Wednesday, April 20, 2011

Bahaya Panadol

Info ni dah lama dah aku dapat melalui email dulu, tapi kalau nak diikutkan semua jenis ubat tu merbahaya terutamanya untuk jangkamasa panjang kita tak tahu kesannya macam mana.
 
Lagi pun mana ada penyakit yang boleh sembuh dengan hanya memakan ubat, kalau sembuh pun mesti ada side effect yang lain, hospital dan klinik dah lama tutup dah jika semua penyakit dah ada penawarnya.
 
Oleh itu kalau boleh cari lah alternatif lain, banyak lagi cara nak menyembuhkan penyakit contohnya rawatan Homeopathy yang lebih berunsurkan alam semulajadi.
 
 
 
Panadol ni aku selalu sangat telan
 
 
DON'T TAKE PANADOL,PANADOL ACTI FAST or PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems

FYI... One real story from a friend....

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL) . In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.


As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they

suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.


As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).


We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol . If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped

full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??


Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.
 
 

Tuesday, April 19, 2011

Kalau Berpacaran vers: CikguShidaDariParit

Cikgu ni kalau buat miming memang kreatif teror betul la...kg. aku lagi...tapi ni belah Parit.




Nak Ode Pizza Due....bole kee..

Lawak tul kalau orang bota order pizza...kg. aku tu weh....ingat jangan taruk dalam tin berkuap nanti weh...hihihi....laayaann...


Saturday, April 16, 2011

Best Ever Choc cake

Macam best je kek ni kena cuba ni.

 

Sumber: Youtube

Ingredients:

¾ cup plus 2 tablespoons cocoa powder
1 cup boiling water
2 tablespoons butter, softened to room temperature
2 cups sugar
2 cups self-rising flour
½ cup additional butter, softened to room temperature
½ cup buttermilk
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
Betty's Never Fail White Icing (video is in bettyskitchen)
Betty's Rich Chocolate Frosting (video is in bettyskitchen)
dark chocolate curls or shavings, optional

In a small saucepan, combine ¾ cup plus 2 tablespoons cocoa powder, 1 cup boiling water, and 2 tablespoons butter. Stir until smooth and set aside. Place 2 cups sugar and 2 cups self-rising flour in a large mixing bowl and stir until well-blended. Add cocoa mixture and ½ cup butter. Use an electric mixer on medium speed to blend. Add ½ cup buttermilk, 2 eggs, and 1 teaspoon vanilla. Beat for 2 minutes with electric mixer. Ladle batter into 3 greased and floured 8-inch cake pans that have lined with waxed paper on the bottom. (I used 8 ¾-inch cake pans, resulting in thinner layers and shortened cooking time.) Bake at 350 degrees (F) for approximately 25 minutes, or until a toothpick inserted into the cake comes out clean. (My cake layers took only 20 minutes, since they were in 8 ¾-inch pans.) Cool cake in pans for about 10 minutes, and then cool completely on racks. Spread Betty's Never Fail White Icing between the layers and on top of cake. Let the icing set up before continuing. (You may find it useful to refrigerate the cake for a couple of hours.) Spread Betty's Rich Chocolate Frosting over top and sides of the cake. Garnish with chocolate curls, if desired. Let cake frosting set up before serving.

Snapshot :

Betty's Rich Chocolate Frosting


Ini pulak cara nak buat coklat frosting



Sumber: Youtube

Ingredients:

(2) 1-oz. squares unsweetened chocolate
½ cup butter, softened to room temperature
1 egg (I used ¼ cup egg substitute—Egg Beaters.)
1 tablespoon half-and-half
2 teaspoons vanilla extract
1 ½ teaspoons lemon juice
16-oz. package confectioner's sugar

Place (2) 1-oz. squares unsweetened chocolate in top of a double boiler. Bring water in double boiler to a boil over medium heat. Reduce heat to low and heat chocolate until it melts. Set aside to cool slightly. Place ½ cup butter in a large mixing bowl. Mix with an electric mixer. Add cooled, melted chocolate, 1 egg (or ¼ cup egg substitute), 1 tablespoon half-and-half, 2 teaspoons vanilla, and 1 ½ teaspoons lemon juice. Mix well with mixer. Continue to mix with mixer while slowly adding a 16-oz. package of confectioner's sugar. Beat until the mixture is smooth and spreadable. Spread immediately on cakes, cupcakes, etc.

Snapshot :

Never Fail White Icing

Cara nak buat aising.





In this video, Betty demonstrates how to make Never Fail White Icing. This is made with a boiled sugar syrup beaten into egg whites and is a dramatic and tasty icing for cakes, cupcakes, and other sweets.

Ingredients:

1 cup sugar
1/3 cup water
2 tablespoons light corn syrup
2 egg whites
¼ cup confectioner's sugar
1 teaspoon vanilla extract
½ cup chopped pecans

In a heavy pot, combine 1 cup sugar, 1/3 cup water, and 2 tablespoons light corn syrup. This mixture will have a "white" look. Cook over medium heat, stirring constantly until clear. Then cook, without stirring, until 232 degrees (F) on a candy thermometer. In a large mixing bowl, beat 2 egg whites until soft peaks form. Continue to beat, slowly adding hot syrup mixture. Add ¼ cup confectioner's sugar and 1 teaspoon vanilla. Continue beating until stiff peaks form and frosting is of spreading consistency. Gently stir in ½ cup of pecans. Immediately spread on cooled cake. After cake is spread, allow icing to set up. (It may be helpful to place the frosted cake in the refrigerator to speed up this process.) Enjoy!!!

Snapshot :


Monday, April 11, 2011

PineApple in Spicy Gravy

Inilah menu untuk hari ini apa lagi kalau tak kari, kalau orang belah sini panggil gulai. Tapi hari ni aku buat pajeri je, balance nenas hari tu banyak lagi. Lagi pon dah lama tak makan pejeri, asyik gulai ayam je muak gak.

Layan...



Makan dengan nasi or garlic bread (homemade) ok gak.

Sunday, April 10, 2011

Sentap - Rumah Sewa

Sentap kat rumah sewa pulak dah....adoiii...sentap jangan tak sentap....sentap....kenapa dengan aku ni sentap...!!!???


Saturday, April 9, 2011

Sentap Hati Mak Nak

Sentap di bilik meeting memang manyentap hati kepada sesiapa yang termakan cili hahaha...Lawak betul aku tengok sampai banyak kali pon tak jemu-jemu. Bagus betullah idea dari prof. Sir TapHateMakNak tu pecah perut aku. Budaya sindir menyindir ni memang perlu dah lama dipraktikkan, tak sangka ia boleh jadi bahan lawak kreatif betullah diaorang ni.

Amalan-amalan murah rezeki - SEBAGAI PANDUAN

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.        Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT)tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.        Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.        Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT)jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.        Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT)buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT)beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT)akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.        Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.        Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.     Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.     Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.     Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.     Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.     Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15.     Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT)dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.     Bersyukur kepada Allah (SWT)


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT)ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.     Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT)suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.     Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT)berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.     Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT)dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT)akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

sumber - Email

Friday, April 8, 2011

Awas Telur Ayam Tiruan

Telur...,telur....,telur....Perkara ni dah jadi satu isu yang besar terutamanya bagi penduduk di kawasan Pulau Pinang. Adui lepas ni kena hati-hati kalau nak beli telur dulu kicap tiruan sekarang telur pulak, cubalah buat minyak petrol tiruan ke adalah jugak faedahnya save sikit duit minyak aku. Actually aku dah dapat email cara-cara nak membuat telur ayam tiruan ni lama dah lebih kurang 2-3 tahun yang lepas, tak sangka pulak diaorang betul-betul praktikkan kat sini.

Ini lah email the making of telur ayam tiruan yg aku dapt tu.

In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.





Step 1 modulation of raw materials Using 7 kinds of chemical materials, Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.
The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.
By adding a yellow pigment and become raw egg yolk

Step 3 fake egg shapeIn the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.Step 4 Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done..
Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.
Oh yeah The Egg is ready.. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!
Look so real

Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference.
The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the
statistic of food poisoning person.


Why make fake eggs ?
Because of money.

The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.

Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died

Yang ni pulak bukan telur tiruan ye....yg ni original..fresh dari ladang..hehehe..kembar tu.

Nuffnang Ads